Majlis Perasmian Portal E-Pembelajaran Universiti Putra Malaysia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Majlis Perasmian Portal e-Pembelajaran Universiti Putra Malaysia

Majlis Perasmian Portal e-Pembelajaran Universiti Putra Malaysia

Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff mewakili kumpulan PutraMOOC TITAS menerima Sijil Penghargaan daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin.


Putra Learning Hub adalah hub e-Pembelajaran UPM merupakan platform untuk pensyarah dan pelajar UPM memperoleh perkembangan terkini pelaksanaan e-pembelajaran di UPM. Sistem e-Pembelajaran Hub ini boleh diakses melalui laman sesawang learninghub. Pautan sistem e-Pembelajaran UPM yang masa kini berada dalam Putra Learning meliputi PutraBlast, PutraMOOC (OpenLearning), PutraOCW, Penilaian Online dan Laporan Pembelajaran Teradun atau Blended Learning. Bagi memperkasakan aplikasi ini, pihak CADe telah merancang berbagai inisiatif termasuklah pelaksanaan  PutraMOOC TITAS dalam Putra Learning Hub ini dan mengalakkan pensyarah agar membudayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran teradun, Flipped Classroom dan Gamification. Bermula September 2015 di bawah jenama PutraMOOC berjaya membangunkan 4 kursus universiti sebagai MOOC (Massive Open Online Courses) dalam platform OpenLearning yang boleh diakses melalu laman sesawang putramooc dan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) antara yang diletakkan dalam platform OpenLearning ini. 

Sehubungan itu sebagai tanda penghargaan terhadap pembangun koswer kursus TITAS PutraMOOC ini Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff (Ketua Penyelaras PutraMOOC TITAS) telah dijemput untuk menerima Sijil Penghargaan sebagai Instruktur mewakil Kumpulan TITAS PutraMOOC daripada TNCAA UPM bertarikh 25 April 2016 bertempat di Putra Learning Space, UPM. Turut menerima Sijil ini adalah Prof Dr Zaid Ahmad, PM Dr Ahmad Tarmizi Talib (Ketua Jabatan JPKK), Dr Adlina Abd Halim, Puan Zarina Muhammad, Dr Mohd Daud Awang, PM Dr Ratna Roshida Abd Razak, Dr Arfah Ab Majid dan Dr Normala Othman.

Tarikh Input: | Kemaskini: 14/03/2024 | harnita_upm

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETMAU~