KUNJUNGAN DELEGASI DARI SUNAN KALIJAGA STATE ISLAMIC UNIVERSITY, INDONESIA KE FAKULTI EKOLOGI MANUSIA. | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » KUNJUNGAN DELEGASI DARI SUNAN KALIJAGA STATE ISLAMIC UNIVERSITY, INDONESIA KE FAKULTI EKOLOGI MANUSIA.

KUNJUNGAN DELEGASI DARI SUNAN KALIJAGA STATE ISLAMIC UNIVERSITY, INDONESIA KE FAKULTI EKOLOGI MANUSIA.

Oleh:  Encik Johar Md. Lajis

 

SERDANG, 2 Mei 2019 - Fakulti Ekologi Manusia telah menerima kunjungan delegasi dari Sunan Kalijaga State Islamic University, Indonesia pada 2 Mei 2019 yang  diketuai oleh Dr. Achmad Uzair, Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa beserta Dekan  Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FISHUM), Dekan, Fakulti Dakwah dan komunikasi (FDK), lima orang pensyarah dan empat belas orang pelajar. Sunan Kalijaga State Islamic University, Indonesia  merupakan sebuah Universiti Islam Awam yang  tertua dan terulung  di Indonesia sejak penubuhannya pada  tahun 1951.

YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia berserta beberapa orang ahli Pengurusan Fakulti dan wakil-wakil jabatan telah mengadakan perbincangan dengan delegasi untuk mengadakan hubungan kerjasama antara Fakulti Ekologi Manusia dengan Sunan Kalijaga State Islamic University, Indonesia.

 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/05/2019 | Kemaskini: 15/05/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1568987708