Konsert Muzik Inisiatif Pelajar “The Journey Of Pak Pandir” Menghiburkan Ramai | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Konsert Muzik Inisiatif Pelajar “The Journey of Pak Pandir” Menghiburkan Ramai

Konsert Muzik Inisiatif Pelajar “The Journey of Pak Pandir” Menghiburkan Ramai

Oleh: Dr. Chan Cheong Jan
         Jabatan Muzik, FEM

 

 

Panggung Percubaan, UPM, 15 Dis. 2018 - Konsert muzikal “The Journey of Pak Pandir” (dihasilkan oleh Kenny Lee Vui Keong, skrip ditulis oleh Alwin Wong) ini dirancang, direkabentuk dan dilaksanakan sepenuhnya oleh lebi kurang 44 orang pelajar program Bacelor Muzik melalui Music Circle, dan juga melibatkan pelajar UPM dari program lain sebagai pelakon dan penyanyi. Orkestra (dipimpin oleh felow pengajar En Gerald Ng) dan Koir (dibimbing oleh pensyarah Puan Ang Mei Foong) Jabatan Muzik turut serta dalam persembahan muzikal yang bersifat lawak jenaka ini.

Pensyarah dan sekumpulan pelajar dari Oceon Insitute of Audio Technologi turut serta untuk memberi perkhidmatan audio secara profesional. Konsert telah berlansung secara sempurna dan berjaya, mendapat sambutan yang baik, dihadiri oleh penonton seramai 150 orang.

Cerita Pak Pandir telah menghiburkan penonton dengan lakonan watak-watak yang begitu menarik, seperti Mohd Khafif Aniq bin Mohd Khir (Pak Pandir), Suzianti Jaimin, Adlina binti Jamaludin, Norshahilla binti David, Cheng Chin Yee, Clive Wasilin, Tan Shing Ming, dan Teoh Hui Sim.

 

 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/01/2019 | Kemaskini: 25/01/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdUAf~