Kemenangan 3 Pingat Emas, 2 Perak Dan 1 Gangsa Di Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP) 2019, Universiti Utara Malaysia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Kemenangan 3 Pingat Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa di Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP) 2019, Universiti Utara Malaysia

Kemenangan 3 Pingat Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa di Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP) 2019, Universiti Utara Malaysia

Oleh:  Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff

 


SERDANG,
 31 Julai – Pensyarah Kanan dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff telah memenangi satu emas, dua perak dan satu gangsa di Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP) 2019 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Muadzam Shah, UUM yang diadakan dari 30-31 Julai 2019.

Pingat emas dimenangi melalui projek I-DAN Cakna Peradaban Malaysia Dalam Kursus Wajib Universiti IPT bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian UPM, Dr. Rozihan Mohamed dan guru Sekolah Menengah Cyberjaya, Puan Noralina Ali. Manakala pingat perak dimenangi melalui projek Aplikasi Mobile ARTitas Dalam E-Pembelajaran Berimpak Tinggi dan projek Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan Melalui ‘Flipped Classroom’, ‘Gamifikasi’ dan ‘Peeragogi’. Pingat gangsa pula dimenangi En. Johan Ismail bersama Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Dr Rozihan Mohamed melalui projek Prototype Augmented Reality Embeded Course Module. 

Seorang lagi Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Asmidawati Ashari, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia telah memenangi dua pingat emas melalui projek penyelidikan daripada Geran Insentif Penyelidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP) iaitu iASK: An Experiential Learning of Senescence Using Interactive Aging Simulator Kit dan projek I-COPE: Towards Enhancing and Engaging Exercise Coaching for Older Adults bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid dan Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim.

Keseluruhan FEM berjaya memenangi 3 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Syabas dan tahniah semua.


 

     
     

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/08/2019 | Kemaskini: 06/08/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1575658261