Kem Sains Politik Di Universiti Walailak, Thailand | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Kem Sains Politik di Universiti Walailak, Thailand

Kem Sains Politik di Universiti Walailak, Thailand


Pada 11-15 Januari 2016, seramai 2 pensyarah dan 14 pelajar FEM telah hadir di Walailak University, Thailand bagi menjayakan program "Political Science Camp: A Journey of Discovery." Ini merupakan kali ke-2 pensyarah dan pelajar FEM menghadiri program ini. Walailak University pula dijangka akan datang ke UPM pada 15-19 Mac, 2016.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar untuk berdikari dan memperbaiki "soft skills" mereka apabila berinteraksi dengan pelajar dan pensyarah dari luar negara. Pelajar-pelajar menghadiri sesi perbincangan bersama pelajar-pelajar WU dan akhirnya semua pelajar bersama-sama membentangkan isu sains politik di hadapan pelajar dan pensyarah yang lain. Pembentangan yang baik dapat dilakukan hasil daripada kerjasama antara pelajar dari dua universiti ini.




Pensyarah-pensyarah dari UPM dan Walailak University pun saling berkongsi ilmu yang ada menerusi dua "panel discussion" yang berlangsung sepanjang program ini. Dekan FEM, Prof Dr Zaid Ahmad, Prof. Madya Nurdeng Deuraseh, Dr Murni Wan Mohd Nor, Dr Wan Munira Wan Jaafar dan beberapa pensyarah dari WU membentangkan isu-isu sains politik merangkumi tajuk seperti "Building an ASEAN community" dan "The similarities and differences between political systems in Thailand and Malaysia." Jaringan antarabangsa terjalin menerusi perkongsian intelektual ini.

Program ini sangat bermakna bagi melahirkan pelajar yang mampu menjadi bakal pemimpin di masa akan datang dengan mengasah bakat mereka dalam pengucapan awam, pengendalian program dan berinteraksi dengan pelajar dari luar negara. Pensyarah juga dapat menyumbang menerusi perkongsian intelektual dengan pensyarah dari luar negara. FEM akan berusaha untuk menjayakan Bahagian 2 program ini di UPM pada 15-19 Mac, 2016 ini.

Tarikh Input: | Kemaskini: | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETVAx~