Kem Kerohanian Anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Kem Kerohanian anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia

Kem Kerohanian anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia

Oleh:  Puan Rohaya Salleh

 

 

Sungai Besi, 26 Ogos 2018 - Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Kem Kerohanian. Program ini diadakan di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 26.8.2018 jam 7 petang hingga 27.8.2018 jam 5 petang.

 

 

Program ini bertujuan menguatkan semangat para pelajar yang berada di sekolah ini. Para  pelajar sekolah ini adalah merupakan pesalah dalam kes juvana.

 

 

Dalam program ini, antara pengisiannya ialah bicara santai, latihan dalam kumpulan dan permainan bersama. Dekan Fakulti Ekologi, Ketua Jabatan JPKK dan beberapa staf turut hadir bagi memeriahkan lagi program.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 14/09/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEZUAa~