FEM Anjur Sesi Perkongsian Melalui Program Bicara Ilmu | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » FEM anjur sesi perkongsian melalui Program Bicara Ilmu

FEM anjur sesi perkongsian melalui Program Bicara Ilmu

Serdang, 26 Mei 2023 – Fakulti Ekologi Manusia melalui Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan satu program Bicara Ilmu bertajuk Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Jurnal bertempat di Bilik Seminar Al- Fansuri, Fakulti Ekologi Manusia. Program berlansung pada jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari yang melibatkan seramai 32 peserta.

Sesi yang julung kali diadakan ini telah disampaikan sendiri oleh YBhg Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan, Fakulti Ekologi Manusia kepada pegawai akademik terutamanya ‘mentee’ yang terdiri daripada pensyarah kanan dan felo pengajar di fakulti.

Objektif program ini adalah untuk berkongsi tips dan panduan kepada ‘mentee’ berhubung strategi berkesan dalam menjalankan penyelidikan dan penghasilan jurnal.

Dalam ucapan aluan Timbalan Dekan, (Penyelidikan & Inovasi)  YBrs Profesor Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan, berharap sesi ini dapat membantu pegawai akademik mencapai objektif utama program iaitu, mencapai KPI penyelidikan dan penerbitan individu.


Berita oleh: En. Abdul Hadi Mohd Rashdi (Pej. Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi, FEM)

Foto oleh : Cik. Amirah Syaqirah Rashid

 

Tarikh Input: 29/05/2023 | Kemaskini: 29/05/2023 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdHA4~