Fakulti Ekologi Manusia Menerima Pelawat Dari Yayasan Maybank (Maybank Foundation) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Fakulti Ekologi Manusia Menerima Pelawat dari Yayasan Maybank (Maybank Foundation)

Fakulti Ekologi Manusia Menerima Pelawat dari Yayasan Maybank (Maybank Foundation)

Oleh: Dr. Shamsul Azahari Zainal Badari

 




Serdang, 15 Mac 2021
- Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak (FACE), Fakulti Ekologi Manusia telah menerima pelawat dari Yayasan Maybank bagi mengadakan perbincangan mengenai potensi program kerjasama pada masa hadapan.   Perbincangan ini telah diaturkan oleh Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), UPM.  Hadir semasa sesi perbincangan adalah Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) yang menjalankan tugas Dekan FEM, Encik Ahmad Hilmi Hashim Vice President, Maybank Banking Berhad, Encik Hishamuddin b. Salleh, Pengarah, Maybank Group Scholarship & Education, Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin (Pengarah, CiRNeT, UPM), Prof. Madya Dr. Zainal Madon (Ketua, JPMPK, FEM, UPM), Dr. Nurulfiza Mat Isa, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (CEO@Faculty Programme Maybank 2020), Dr. Shamsul Azahari Zainal Badari (Ketua, UPPI, FEM, UPM), Encik Zamre Yaacob serta pegawai dari FEM dan CiRNeT, UPM.

Yayasan Maybank sekarang ini sedang menjalankan satu Program Literasi Kewangan Cashville Kidz. Program ini direka untuk menyediakan sekolah, serta pendidik, dengan alat dan sumber yang akan membolehkan mereka untuk mendidik secara mampan dan meningkatkan tahap literasi kewangan murid sekolah untuk tahun-tahun akan datang. Sasaran program ini adalah untuk mendekati seberapa ramai kanak-kanak sekolah dalam tempoh 5 tahun akan datang di negara-negara di seluruh ASEAN termasuk Malaysia, supaya kanak-kanak sekolah ini mempunyai tabiat pengurusan wang yang baik. Ini akan membina generasi baru belia yang bijak dengan wang dan yang akan menikmati kemerdekaan kewangan yang lebih baik pada tahun-tahun dewasa mereka.

Berdasarkan program ini, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) UPM telah mengenal pasti Fakulti Ekologi Manusia melalui Program Kit Bijak Wang untuk bekerjasama dengan Yayasan Maybank. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk menjadikan Kit Bijak Wang sebagai sebahagian daripada Program Literasi Kewangan Cashville Kidz dengan mensasarkan kanak-kanak prasekolah di seluruh Malaysia. Kit Bijak Wang merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan dengan amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah. Kit ini digarap daripada hasil penyelidikan UPM sesuai dengan perkembangan kanak-kanak seawall usia 6 tahun. Kit ini mempunyai 10 permainan interaktif dan 6 modul kewangan, di mana aktiviti yang disediakan di dalam kit ini memerlukan bantuan minima daripada ibu bapa dan guru.

Hasil perbincangan secara umumnya, persetujuan awal telah dicapai di mana pihak Yayasan Maybank mengambil maklum tentang program Kit Bijak Wang dan akan memperhalusi cadangan kerjasama ini. Sesi perbincangan kedua akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian dan akan diuruskan oleh pihak fakulti melalui Unit Pengembangan dan Pemindahan Ilmu, FEM, UPM.

 

 
     
 
     
 
     
 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 01/04/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
W1UJTQAz:16:18