Fakulti Ekologi Manusia Jalinkan Hubungan Kerjasama Dengan Jabatan Penjara Malaysia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Fakulti Ekologi Manusia Jalinkan Hubungan Kerjasama Dengan Jabatan Penjara Malaysia

Fakulti Ekologi Manusia Jalinkan Hubungan Kerjasama Dengan Jabatan Penjara Malaysia

 

Oleh:  Encik Johar Md. Lajis

 

 

14 Februari  2019 - Fakulti Ekologi Manusia UPM telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia. Hubungan kerjasama tersebut terjalin semasa kunjungan hormat beberapa orang Ahli Pengurusan Fakulti Ekologi Manusia yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia ke Ibu Pejabat,  Jabatan Penjara Malaysia pada 14 Februari 2019.

Ketibaan Ahli Pengurusan Fakulti Ekologi Manusia telah disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Hj. Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia bersama dengan beberapa orang pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Objektif kunjungan tersebut ialah untuk mendapatkan gambaran menyeluruh peranan semasa institusi penjara Malaysia, mengenalpasti trend jenayah semasa, mendapatkan kefahaman tentang keperluan dan bentuk pemindahan ilmu yang diperlukan  dan menawarkan potensi penyelidikan dan latihan.

Hasil daripada perbincangan antara kedua dua pihak  telah bersetuju untuk mengwujudkan hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan  dan latihan untuk kepentingan bersama.

Antara potensi penyelidikan dan latihan yang akan diwujudkan dalam kerjasama tersebut ialah:-

  1. Sumber Manusia (Staf/Pegawai Penjara) – wellbeing
  1. Bayi/Kanak-kanak dalam Institusi Penjara – Research & training
  2. Understanding inmates with babies
  3. Reentering society – adult adaptation challenges
  4. Capacity building and skill development for income generation post release for women inmates
  5. Coaching untuk banduan bakal bebas
  6. Prison transformation towards 21st century
  7. Meta-analysis ke atas semua kajian yang telah dijalankan
  8. Sekolah integrity


     
         
       

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/02/2019 | Kemaskini: 25/02/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1568989853