Dermaan Hadiah Alat Muzik Marimba Oleh Prof. Dr. Yoshihito Shirai Kepada UPM | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Dermaan Hadiah Alat Muzik Marimba oleh Prof. Dr. Yoshihito Shirai kepada UPM

Dermaan Hadiah Alat Muzik Marimba oleh Prof. Dr. Yoshihito Shirai kepada UPM

Oleh:  Prof. Madya Dr. Chan Cheong Jan
           Jabatan Muzik

 


SERDANG - 
Pada 23 November 2019 lalu, satu upacara telah diadakan untuk menyampaikan hadiah satu set alat muzik marimba jenama Yamaha yang bernilai semasa sebanyak RM30,000.00 oleh Prof Dr Yoshihito Shirai kepada Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Upacara yang berlangsung di Rumah Muzik 4, Fakulti Ekologi Manusia itu disaksikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris, Ahli Lembaga Universiti Putra Malaysia Prof Dato’ Dr Mohd Ali Hassan, Ketua Jabatan Prof Madya Dr Loo Fung Chiat serta pensyarah-pensyarah di Jabatan Muzik, FEM, UPM. Dalam ucapan beliau, Prof Dr Yoshihito Shirai mengatakan hadiah alat marimba ini adalah sebagai tanda penghargaan beliau kepada Universiti Putra Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini oleh pihak universiti dalam mencungkil bakat persembahan muzik Sayuri Shirai, yang merupakan seorang yang mempunyai sindrom Down.

Sayuri Shirai telah menjadi nama yang tidak asing lagi di Universiti Putra Malaysia dan juga di Malaysia. Antara 2012-2019, Sayuri Shirai dengan Prof Madya Dr Chan Cheong Jan (FEM, UPM) telah memberi persembahan awam sebanyak hampir dua puluh kali di tempat yang merangkumi Fukuoka(Jepun), Kumamoto(Jepun), Hong Kong, Kuala Lumpur dan juga Kuantan. Marimba yang dihadiahkan ini akan memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran dalam program Bacelor Muzik, disamping digunakan sebagai satu alat muzik untuk jaringan komuniti. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/11/2019 | Kemaskini: 26/11/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEQWAZ~