3rd International Summer Course Program Family Life Among Agricultural Families In Indonesia: “Family Well-Being Through Tropical Urban Farming” | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » 3rd International Summer Course Program Family Life Among Agricultural Families in Indonesia: “Family Well-Being Through Tropical Urban Farming”

3rd International Summer Course Program Family Life Among Agricultural Families in Indonesia: “Family Well-Being Through Tropical Urban Farming”

 Oleh:  Nurul Hazirah bt Ahmad Yahnin
            Bacelor Pengajian Pengguna



SERDANG, 
15 Ogos 2019 - 10 orang pelajar FEM dengan seorang pensyarah pengiring telah mengikuti 3rd International Summer Course Program Family Life Among Agricultural Families in Indonesia: “Family Well-Being Through Tropical Urban Farming” yang dianjurkan oleh Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Ia Program ini turut  disertai oleh pelajar-pelajar dari university lain di Asia dan telah berlangsung  selama 14 hari bermula dari 28 Julai 2019 dan berakhir pada 10 Ogos 2019.

Program ini mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar pertanian bandar tropika dan kesejahteraan keluarga di Bogor dan mereka juga telah melawat beberapa tempat bersejarah sebagai sebahagian daripada program. Dengan menyertai program ini, pelajar-pelajar memperoleh lebih banyak pengetahuan mengenai kesejahteraan keluarga melalui pertanian bandar tropika dan mereka juga dapat mempelajari budaya yang berbeza kerana terdapat pelajar dari negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan.

Mereka juga telah melawat Universitas Ibnu Chaldun dan Universitas Negeri Jakarta sebagai sebahagian dari program mobiliti mereka untuk menimba pengalaman berkaitan gaya hidup dan budaya belajar pelajar-pelajar di university tersebut. Mereka juga dapat menambah pengetahuan mereka mengenai kedua-dua universiti yang mereka lawati .

Program mobiliti seperti ini adalah platform yang baik untuk pelajar belajar dan membina hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar dari negara lain dan meningkatkan kemahiran perhubungan selain dapat meningkatkan tahap keyakinan mereka.

       
       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 19/09/2019 | Kemaskini: 20/09/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdXAA~