Pengetahuan Tradisional Dan Pemeliharaan Biodiversiti Di Sabah, Malaysia | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» ARTIKEL » Pengetahuan Tradisional dan Pemeliharaan Biodiversiti di Sabah, Malaysia

Pengetahuan Tradisional dan Pemeliharaan Biodiversiti di Sabah, Malaysia

Masyarakat peribumi di Sabah telah sekian lama membina suatu sistem yang unik meliputi aspek sosial, ekonomi, politik, spiritual dan adat dalam lingkungan komuniti mereka. Sistem ini dipertahankan oleh masyarakat peribumi bagi mewujudkan kesejahteraan dan keseimbangan dalam kehidupan disamping memelihara sumber dan persekitaran.  Meskipun masyarakat peribumi berusaha untuk mempertahankan adat ataupun nilai-nilai tradisi, namun cabaran arus pemodenan tidak dapat dielakkan.    Terdapat pengetahuan tradisional yang telah pupus atau semakin dilupakan disebabkan banyak faktor, antaranya ialah kurang kesedaran akan kepentingan memelihara pengetahuan tradisional tersebut.

Dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti pengetahuan tradisional masyarakat peribumi Sabah dan bagaimana pengetahuan tersebut menyumbang kepada kelestarian ekosistem dan pemeliharaan biodiversiti tempatan.  Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif (FGD dan temubual mendalam) dan kuantitaitf (borang soal selidik).  Sejumlah 841 masyarakat peribumi dari 16 daerah di Sabah dipilih sebagai responden.  Kajian ini dijalankan di 16 buah daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Keningau, Tamparuli, Penampang, Kuala Penyu, Sipitang, Ranau, Tuaran, Kota Belud, Membakut, Beaufort, Sook, Nabawan dan Tenom.  Sebahagian besar responden terdiri daripada suku kaum Kadazan, Dusun, Bajau, Murut, Rungus, Bisaya, Brunei, Sungai serta beberapa suku kaum lagi.

Kajian mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk pengetahuan tradisional yang telah semakin pupus.  Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa orang yang mengamalkannya namun terdiri daripada warga tua.  Kajian juga mendapati terdapat beberapa amalan dalam aktiviti pertanian dan tanaman perubatan yang sangat bermanfaat dan harus dikekalkan.  Program berbentuk pendidikan dan latihan harus dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, badan NGO dan masyarakat peribumi bagi memberikan kesedaran khususnya dalam kalangan golongan muda, tentang pemeliharaan pengetahuan tradisional dan sumber biodiversiti.

 

References/Rujukan

Benedict.T. (2003). Kadazandusun Primal Worldviews, Indigenous Knowledge and Traditional Resource Management. Penampang,Sabah: Kadazandusun Cultural Association.

Grenier, L. (1998). Working With Indigenous Knowledge : A Guide For Researchers International Development Research Centre, Ottawa.

Felix.T. (2002). ‘Traditional System of Indigenous Peoples of Sabah, Malaysia. Wisdom Accumulated Through Generations’. Penampang: Pacos Trust.

Khairus Masnan Abdul Khalid. (2012). Mengarusperdana Pemuliharaan Biodiversiti Di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam: 85-101.

Lasimbang,J. (2004). ‘Participatory Mechanisms for Indigenous Communities’. Proceedings of Indigenous Knowledge and Biodiversity in Asia. pg 149-167, AIPP Foundations.

Lasimbang,J. Tainsony H,. 2001. ‘Draft Rules to The Sabah Biodiversity Enactment 2000: A Case Study Of Indigenous Peoples’ Involvement in Sabah, Malaysia,’ Indigenous Peoples Contributions To COP-8 of The CBD. Pg 175-200.

Mohan, G.S. Traditional Knowldege Systems in Biodiversity 

Norton, B. G,. 2001. “ Conservation Biology and Environmental Values: Can there be a universal earth ethic?.” In (eds. C. Potvin, et al.) Protecting biological diversity; roles and responsibilities. Montreal: McGill-Queen’s University Press.

 

Gambar 1: Penyelidik bersama staf Pusat Biodiversiti Sabah di Sandakan.

 

Gambar 2: Menuai padi cara tradisi di Ranau, Sabah

 

Gambar 3: Proses pengumpulan data di daerah Tenom

 

Gambar 4: Papan tanda sistem tagal sungai di daerah Penampang

 

Gambar 5: Sistem tagal Sg.Moroli di daerah Ranau yang merupakan pemenang “River Care Award 2006”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 13/02/2019 | Kemaskini: 13/02/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1600622007