Vision Petron 2018 National Student Art Competition: Sesi-perkongsian Di Fakulti Ekologi Manusia, UPM Tema 2018: Rediscovering Culture ‘Tuklas Kultura’ | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Vision Petron 2018 National Student Art Competition: Sesi-perkongsian di Fakulti Ekologi Manusia, UPM Tema 2018: Rediscovering Culture ‘Tuklas Kultura’
Tarikh
22 Mar 2018 - 22 Mar 2018
Masa
02.00 - 05.00
Lokasi
Dewan Seminar Al-Farabi, FEM
Ringkasan Acara
Vision Petron 2018 National Student Art Competition: Sesi-perkongsian di Fakulti Ekologi Manusia, UPM Tema 2018: Rediscovering Culture ‘Tuklas Kultura’ Vision Petron - National Student Art Competition merupakan satu-satunya pertandingan yang dibuka khas untuk para pelajar Universiti dan Kolej di seluruh Malaysia. Pertandingan ini diharap secara langsung dapat mewujudkan satu budaya persaingan yang sihat, adil serta saksama kepada para pelajar khususnya di dalam bidang seni. Pertandingan ini juga diharap dapat memberikan  landasan  bagi para pelajar untuk mempamerkan serta  mempertingkatkan kebolehan dan bakat  di dalam bidang seni ke peringkat yang lebih tinggi.   Seperti sedia maklum, tahun ini ialah tahun ke-enam bagi Vision Petron Malaysia. Bagi pertandingan tahun ini, kami ingin memperkenalkan satu kategori baru iaitu kategori Muzik, sementara 3 kategori asal, iaitu: Lukisan, Fotografi dan Videografi masih dikekalkan. Oleh itu, Petron Malaysia berbesar hati untuk menjemput pelajar semua ke majlis pelancaran dan berkongsi maklumat mengenai “Vision Petron National Student Art Competition 2018” di UPM. Jumpa anda di sana!   Tarikh : 22 Mac 2018, Khamis Masa : 2.00pm – 5.00pm Lokasi : DEWAN SEMINAR AL-FARABI, FAKULTI EKOLOGI MANUSIA, UPM.

Kemaskini:: 16/08/2018 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.9769 7051
03.8943 5385
BVMIBAQ:01:20