Event Title
Sesi Perkongsian Integriti “Lintas Sistemik Tumbuk Rusuk”
Date
27 Nov 2020 - 27 Nov 2020
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus FEM2311 Integriti & Rasuah, Fakulti Ekologi Manusia dan Unit Integriti, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan Sesi Perkongsian Integriti bersempena dengan Sambutan Bulan Integriti yang diadakan pada bulan November dengan tujuan untuk memupuk semangat nilai integrity serta memberi penghayatan kepada warga kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap keperluan dan kepentingan membina nilai-nilai murni dan berintegriti secara berterusan.
Tajuk sesi perkongsian integriti adalah “Lintas Sistemik Tumbuk Rusuk” yang akan di kongsikan oleh Encik Firdaus Ramlan berdasarkan kisah sebenar dan pengalaman yang telah dilaluinya.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 27 November 2020 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang – 5.00 petang
Platform: ZOOM Meeting
Meeting ID: 252 399 3044
Passcode: FEM2311
https://zoom.us/j/2523993044?pwd=TjhXU3J4WnA2cXJIaEo2Z2l1WTNZUT09
Kesudian tuan/puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih. Mohon maklum balas dengan melengkapkan borang di link di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScf0y26RZvjheHSyH5Ju-bO4X_ueEqsZR6363_S2WVyk5L9iA/viewform?usp=pp_url
Sekian, terima kasih.
![]()
Updated:: 26/11/2020 [rozlita]