Tajuk Acara
Program Kelestarian Hijau dan Pelancaran Peralihan Amalan 5S kepada EKSA FEM
Tarikh
31 Jan 2020 - 31 Jan 2020
Lokasi
Fakulti Ekologi Manusia
Ringkasan Acara
Adalah dimaklumkan bagi menyokong aktiviti kelestarian hijau di FEM, satu Program Gotong-royong dan Pelancaran Peralihan Amalan 5S kepada EKSA FEM akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat berkumpul : Dataran, FEM (ECO1)
Pakaian : Sukan @ bersesuaian
Tema : Hijau
**Sebagai makluman, fokus utama program kali ini adalah operasi pengumpulan dan pelupusan kertas terutamanya kertas-kertas soalan dan skrip jawapan peperiksaan yang telah melebihi tempoh simpanan di jabatan. Program ini dilihat sebagai sebahagian daripada inisiatif fakulti dalam mengurangkan lambakan kertas-kertas terpakai yang berkemungkinan / berupaya menjadi tempat pembiakan haiwan pemusnah seperti anai-anai, tikus dan serangga perosak lain.
Kemaskini:: 31/01/2020 [rozlita]