Event Title
PROGRAM HARI BERSAMA PA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Date
07 Oct 2018 - 07 Oct 2018
Location
SEKITAR FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM HARI BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK (PA) FAKULTI EKOLOGI MANUSIA (FEM)
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA) dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR FEM) akan menganjurkan Program Hari Bersama Penasihat Akademik (PA) Fakulti Ekologi Manusia (FEM) seperti butiran berikut:
Tarikh : 7 Oktober 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Sekitar Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
Pakaian : Sukan / Riadah
Untuk makluman, program berkonsepkan santai dan silaturrahim ini melibatkan semua pelajar Tahun Pertama Sesi 2018/2019 dan semua Penasihat Akademik FEM. Program ini akan dijalankan melibatkan penglibatan para pelajar dan PA secara bersama melalui aktiviti sukan, perbincangan dan ramah mesra.
Sehubungan itu, YBhg.Prof/Dr./Tuan/Puan sebagai Penasihat Akademik Pelajar baharu Sesi 2018/2019 adalah dijemput hadir bagi bersama - sama memeriahkan program ini nanti.
Di atas kehadiran dan penglibatan YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
.jpg)
Updated:: 27/12/2018 [rozlita]