Majlis Sambutan Pelajar Baharu Fakulti Ekologi Manusia Sesi 2018/2019 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Majlis Sambutan Pelajar Baharu Fakulti Ekologi Manusia Sesi 2018/2019
Tarikh
03 Sep 2018 - 03 Sep 2018
Masa
08.15 - 12.30
Lokasi
Dewan Seminar Al-Farabi, FEM
Ringkasan Acara
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera, YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa Pelajar Baharu akan mula mendaftar di UPM bermula pada 2 September 2018 (Ahad) di semua kolej kediaman manakala Taklimat Fakulti dan Pendaftaran Kursus akan diadakan pada 3 September 2018 (Isnin). Sehubungan itu, YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Pelajar Baharu Fakulti Ekologi Manusia Sesi 2018/2019 seperti butiran berikut: Tarikh : 3 September 2018 (Isnin) Masa : 8.15 pagi Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi, FEM Untuk makluman juga, sesi memperkenalkan semua pegawai akademik oleh Ketua Jabatan akan diadakan pada majlis tersebut. Kerjasama dan kehadiran YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan ke majlis ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Kemaskini:: 29/08/2018 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.9769 7051
03.8943 5385
BVMIAA0:00:32