Event Title
Majlis Pelancaran Tong Fabrik Kitar Semula FEM 2021
Date
28 Oct 2021 - 28 Oct 2021
Location
Bilik Seminar Al-Farabi, FEM
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kumpulan Penyelidikan Pengggunaan Lestari (KPPL), Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia akan mengadakan Majlis Pelancaran Tong Fabrik Kitar Semula FEM 2021 yang akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Pengarah, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh : 28 Oktober 2021 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar Al-Farabi, FEM
Sebagai makluman, tong fabrik ini adalah inisiatif pihak Penyelidik KPPL bersama-sama dengan pihak Kloth Cares dalam menyediakan fasiliti kepada masyarakat untuk bersama-sama memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pembuangan sisa fabrik ke tapak pelupusan sampah. Fabrik yang disumbangkan ke dalam tong fabrik ini akan diguna semula atau dikitar semula untuk kegunaan baru.
Pihak GAS Malaysia Sdn. Bhd turut bersama-sama menyokong inisiatif kami ini dengan menaja pelekat pada tong fabrik supaya ianya lebih menarik sebagai promosi kepada masyarakat.
Sehubungan itu, pihak KPPL, JPSPP, FEM amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke majlis ini sebagai tanda sokongan kepada usaha pihak kami ini.
Sekian, terima kasih.

Updated:: 27/10/2021 [rozlita]