Majlis Iftar FEM "Selembut Kasih Ramadhan" | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Majlis Iftar FEM "Selembut Kasih Ramadhan"
Tarikh
06 Jun 2018 - 06 Jun 2018
Masa
05.30 - 10.00
Lokasi
Dewan Seminar Al-Farabi, FEM
Ringkasan Acara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR FEM: "SELEMBUT KASIH RAMADHAN " - 6 JUN 2018 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh Barakah ini, Fakulti Ekologi Manusia (FEM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) akan menganjurkan Majlis Iftar FEM: "Selembut Kasih Ramadhan" bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara seluruh warga FEM, Pelajar dan Para Alumni FEM di samping mengumpul dana untuk disampaikan kepada Pelajar Asnaf FEM dan Anak-Anak Yatim. Butiran majlis adalah seperti butiran berikut: Majlis Iftar FEM: "Selembut Kasih Ramadhan" Tarikh: 6 Jun 2018 (Rabu) Masa : 5.30 Petang - 10.00 Malam Tempat : Dewan Seminar Al Farabi, FEM 3. Sehubungan itu, pihak FEM amat berbesar hati menjemput seluruh warga FEM untuk bersama - sama hadir serta menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis ini nanti. 4. Sebagai makluman, jumlah kutipan dana terkumpul sehingga 31 Mei 2018 (Khamis) adalah berjumlah RM540.00. Justeru, pihak FEM amat mengalu-alukan kehadiran serta sumbangan ikhlas YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan. 5. Bersama - sama ini dilampirkan Atur Acara Majlis dan Borang Pengesahan Kehadiran/sumbangan untuk perhatian dan makluman YBhg.Prof/Dr./Tuan/Puan. Borang pengesahan kehadiran/sumbangan yang telah dilengkapkan bolehlah dikembalikan melalui Jabatan atau terus ke Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA) sebelum atau pada 4 Jun 2018 (Isnin). Di atas kehadiran dan sumbangan ikhlas YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan majlis ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERILMU BERBAKTI” " SALAM RAMADHAN AL MUBARAK " Yang menjalankan tugas, SAIFUL BAHRIE BIN ABDUL MANAP Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa & HEPA) Fakulti Ekologi Manusia Tel: 03 8946 7160 | Fax: 03 89435385

Kemaskini:: 16/08/2018 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdGAI~