Konsert Persembahan “Jazz Live 2017” Di Jabatan Muzik | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Konsert Persembahan “Jazz Live 2017” di Jabatan Muzik
Tarikh
27 Oct 2017 - 27 Oct 2017
Masa
08.00 - 11.00
Lokasi
Rumah Muzik 4, Fakulti Ekologi Manusia
Ringkasan Acara
Jemputan Konsert Persembahan “Jazz Live 2017” di Jabatan Muzik. Warga kampus UPM adalah dijemput untuk menikmati persembahan muzik jaz dan improvisasi dalam suasana santai pada acara “Jazz Live” yang akan diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat), jam 8.00 hingga 11.00 malam bertempat di Rumah Muzik 4, FEM, UPM. “Jazz Live” merupakan satu usaha untuk mendedahkan seni muzik jazz kepada warga kampus dan pada masa yang sama wujudkan suasana persembahan bersama (playing together) antara pensyarah dengan pelajar muzik. “Jazz Live” telahpun diadakan banyak kali sejak 2014. Marilah bersama-sama menyaksikan aksi persembahan beberapa pemuzik yang ternama di Malaysia di samping meredakan stress kerja dan pembelajaran masing-masing. Antara lagu yang akan dipersembahkan adalah “Tea for Two”, “Sophisticated Lady”, “Cendering (Boyle)”, “Putera Puteri (Jimmy Boyle)” dan “Getaran Jiwa (P. Ramlee)”. Ahli muzik veteran adalah Dr Chan Cheong Jan (piano), pensyarah kanan, FEM, UPM, Joseph Arnesto (bass), Orkestra DBKL, Shamsul Kamar (drums), pensyarah utama untuk drums di ASWARA dan Dr Ahmad Faudzi Musib (Guitar, Live Sound), Ketua Jabatan Muzik, FEM, UPM. Masuk percuma, pada bila-bila masa antara 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Kemaskini:: 10/09/2019 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdRAG~