Event Title
Jemputan ke Majlis Bacaan Yaasin
Date
31 Dec 2021 - 31 Dec 2021
Location
Bilik Sidang, FEM
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Prof. Madya/ Dr. /Tuan/Puan,
Bersempena dengan hari Jumaat yang penuh barakah di hari terakhir 2021, Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) FEM akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin. Majlis ini juga bertujuan untuk:
1- Membuat serahan Surah Yaasin kepada setiap wakil jabatan.
2- Menyampaikan kutipan bantuan banjir kepada mereka yang terkesan.
3- Menghulurkan sumbangan ehsan KKSR kepada ahli fakulti yang telah kehilangan ahli keluarga untuk tahun 2020-2021.
Sehubungan dengan itu, semua warga fakulti dijemput untuk menghadiri majlis yang sangat bermakna di hari terakhir 2021 ini mengikut ketetapan seperti berikut:
Hari: Jumaat- 31 Disember 2021
Masa: Jam 9:15 pagi
Tempat: Bilik Sidang Fakulti Ekologi Manusia
Bagi mereka yang akan bersama dalam majlis ini, terima kasih diucapkan dan diharap agar sudi untuk mengisi Google Form melalui pautan yang disediakan untuk memudahkan pihak kami membuat persediaan makanan.
https://forms.gle/bxjWtATxvXL5EdAY6
Sekian, terima kasih.
![]()
Updated:: 24/08/2022 [rozlita]