Jemputan Ke International Webinar Of Summit WUACD 2021 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI » Prof. Dr. Mohd. Azmi Mohd Lila dilantik TNC (Penyelidikan dan Inovasi) UPM

Tajuk Acara
Jemputan ke International Webinar of Summit WUACD 2021
Tarikh
18 Dec 2021 - 19 Dec 2021
Masa
09.00 - 05.00
Lokasi
Online
Ringkasan Acara
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan, JEMPUTAN KE INTERNATIONAL WEBINAR OF SUMMIT WUACD 2021 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia bertindak sebagai host dengan kerjasama World Universities Association of Community Development (WUACD), Universitas Airlangga, Surabaya, Yayasan SEDAR dan UCSI University akan menganjurkan International Webinar of Summit WUACD 2021 pada 18 – 19 Disember 2021, yang dilaksanakan secara atas talian. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan dan juga penganjur amat berbesar hati menjemput dan mempersilakan YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan untuk hadir bersama-sama ke International Webinar of Summit WUACD 2021 ini pada 18-19 Disember 2021 jam 9.00 pagi secara atas talian ZOOM (Meeting id : 981 4133 3132 ; Passcode : 519654). Kesudian YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kemaskini:: 24/08/2022 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
WVKICA0:02:18