Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Bertajuk : Perumahan: Perspektif Pengguna & Masyarakat | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Graduates urged to strenghthen ties with leaders - Tan Sri Rozali

Event Title
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Perumahan: Perspektif Pengguna & Masyarakat
Date
10 Dec 2021 - 10 Dec 2021
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Perumahan: Perspektif Pengguna & Masyarakat.* Tentatif program adalah seperti berikut: Tarikh: 10 Disember 2021 (Jumaat) Masa: 10.30 - 11.30 pagi Pautan program : https://zoom.us/j/7281715891?pwd=NlVsUTVudEVNUUg5QUtCbXNHdnZvQT09 Meeting ID: 728 171 5891 Passcode: BBP.360_18 Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network Program ini akan di hoskan oleh: *Dr. Irwan Syah Md Yusoff* Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pakar/Panel Jemputan: *YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim* Professor, Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna. Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan isu Perumahan dari Pespektif Pengguna dan Masyarakat. Umum ketahui rumah adalah satu keperluan setiap isi keluarga. Namun para pengguna tidak mendapat maklumat atau panduan yang cukup perkara-perkara yang perlu di berikan penekanan dalam pemilikan rumah. Antara aspek yang kurang diberikan penekanan adalah jumlah isi rumah, susun atur, saiz rumah, kemampuan diri, lokasi serta banyak lagi perkara yang mungkin terlepas pandang oleh pengguna ketika membuat pertimbangan sama ada rumah sendiri atau rumah sewa. Saban hari kita mendengar di media sosial rumah yang di diami tidak sesuai dengan jumlah isi rumah contohnya saiz rumah yang kecil tetapi isi rumah sehingga 10 -12 orang. Keadaan ini memberi gambaran yang kurang baik untuk institusi sesebuah keluarga. Bukan itu sahaja dari aspek sosial juga mampu mengwujudkan suasana yang tidak kondusif serta melahirkan perkara- perkara negatif. Oleh itu, keadaan ini telah meninggalkan beberapa persoalan terhadap kita semua. Di antaranya, adakah baik menyewa rumah atau memiliki rumah sendiri. Bagaimanakah susunatur rumah yang baik untuk sesebuah keluarga? Apakah perkara yang perlu di berikan pertimbangan untuk membeli rumah? dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran masyarakat berkenaan tajuk perbincangan. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat. *Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM* Semua dijemput

Updated:: 08/12/2021 [rozlita]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEZMAV~