Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk : Krisis Keselamatan Makanan & Pengguna : Bagaimana Kita Hadapi? | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES »

Event Title
Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Krisis Keselamatan Makanan & Pengguna : Bagaimana Kita Hadapi?
Date
10 Jun 2022 - 10 Jun 2022
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 04). Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Krisis Keselamatan Makanan & Pengguna : Bagaimana kita hadapi?.* Tarikh: 10 Jun 2022 (Jumaat) Masa: 10.30 - 11.30 pagi Aplikasi : Zoom Pautan : https://zoom.us/j/7281715891?pwd=WmM0UlA3N1kycy9LdDFpSEgxUHQ5QT09 Meeting ID: 728 171 5891 Passcode: BBP@360_04 Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network Program ini akan di hoskan oleh: *Dr. Irwan Syah Md Yusoff* Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pakar/Panel Jemputan: *Panel Pertama* *Dr. Shamsul Azahari Zainal Badari* Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia *Panel Kedua* *Dr. Zuroni Md. Jusoh* Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakultas Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan krisis bekalan bahan makanan mentah yang sukar di perolehi dan harga barang runcit saban hari semakin meningkat. Dengan kata lain keselamatan bahan makanan mentah yang merupakan keperluan harian pengguna telah menjadi perbualan hangat di media arus perdana. Kekurangan bekalan bahan mentah ini telah menyebabkan situasi yang kurang baik kalangan pengguna. Ada pihak yang mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti tidak beretika seperti menyimpan bekalan bahan mentah, menaikkan harga sesuka hati, mengenakan syarat yang tidak masuk akal dan banyak lagi. Antara bahan mentah yang menjadi carian utama dikedai- kedai runcit adalah seperti minyak masak peket, ayam mentah, tepung gandum, harga telur ayam tidak terkawal dan bahan asas yang lain.Kesemua barangan ini merupakan keperluan utama pengguna isi rumah. Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bagi menangani krisis keselamatan makanan lebih terjamin. Namun usaha ini tidak akan berjaya sekiranya pengguna tidak mengamalkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri semasa melakukan pembelian mengikut keperluan. Terdapat beberapa persoalan yang sering di lontarkan kalangan pengguna ketika ini. Antaranya sampai bilakah bekalan makanan ini akan dapat diselesaikan?, bagaimanakah kerajaan dapat mengawal harga bekalan agar tidak ada pihak mengambil kesempatan?, adakah undang-undang sedia ada ketika ini memadai? Dan banyak lagi persoalan yang di perdebatkan.Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat. *Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM* Semua dijemput

Updated:: 24/08/2022 [rozlita]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUIAR~