Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 02) Yang Bertajuk : Bazar Ramadhan: Berbelanja Berbuka Atau Nafsu? | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Three UPM lecturers named 2016 Malaysia’s Rising Stars

Event Title
Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 02) yang bertajuk : Bazar Ramadhan: Berbelanja Berbuka Atau Nafsu?
Date
15 Apr 2022 - 15 Apr 2022
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 02). Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Bazar Ramadhan: Berbelanja Berbuka Atau Nafsu?.* Tentatif program adalah seperti berikut: Tarikh: *15 April 2022* Masa: *10.30-11.30 pagi* Hari : Jumaat Pautan program : https://zoom.us/j/7281715891?pwd=ckxEd2FQYVF4MXJTMjF2VmY5cExPUT09 Meeting ID: 728 171 5891 Passcode: BBP@360_02 Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network Program ini akan di Hoskan Oleh: *Dr. Irwan Syah Md Yusoff* Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pakar/Panel Jemputan: *Prof. Madya Dr. Husniyah Abdul Rahim @ Abdul Wahab* Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna. Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan sikap pengguna ketika berbelanja di Bazar Ramadhan. Juadah yang dijual bazar beraneka jenis sehingga membuat selera membeli tidak dapat dikawal. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pembelian tidak terkawal yang didorong oleh nafsu makan sehinggakan apa y dilihat begitu menyelerakan.Adalah menyedihkan setiap juadah yang di beli tidak disentuh ketika berbuka.keadaan ini telah menjadi satu habit ketika megunjungi bazar ramadhan. Para pengguna begitu sukar untuk mengawal tingkah laku pembelian dan tidak tahu sama ada sesuatu juadah itu wajar dibeli atau tidak. Keadaan ini telah menjadi dilema dikalangan Pengguna dari aspek perbelanjaan yang dilakukan itu satu keperluan atau hanya mengikut nafsu. Umum ketahui bahawa kesan ekonomi terhadap perbelanjaan isi rumah semakin meningkat. Namun begitu masyarakat leka ketika berbelanja untuk juadah berbuka puasa dibazar ramadhan. Adalah wajar para pengguna melakukan kawalan pengurusan perbelanjaan kewangan agar tidak berlaku pembaziran dan tahu yang mana perlu dan menjadi pengguna yang bijak. Oleh itu, keadaan ini telah meninggalkan beberapa persoalan terhadap kita semua.Di antaranya, bagaimana menguruskan perbelanjaan ketika di bazar ramadhan? Adakah perlu penetapan perbelanjaan dalam sehari untuk juadah berbuka? Bagaimana dapat mengawal nafsu pembelian ketika dibazar ramadhan? Bagaimana untuk menjadi pengguna bijak dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah? Dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran masyarakat berkenaan tajuk perbincangan.Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat. *Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM* Semua dijemput

Updated:: 24/08/2022 [rozlita]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUDAu~