Tajuk Acara
Jemputan Menyertai Dan Menonton Majlis Syarahan Inaugural YBhg. Prof. Dr. Zaid Ahmad Bertajuk “Pemeribumian Epistemologi Dan Naratif Mutakhir Dalam Wacana Ketamadunan
Tarikh
19 Mar 2021 - 19 Mar 2021
Lokasi
Facebook Live Streaming
Ringkasan Acara
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI DAN MENONTON MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG. PROF. DR. ZAID AHMAD BERTAJUK “PEMERIBUMIAN EPISTEMOLOGI DAN NARATIF MUTAKHIR DALAM WACANA KETAMADUNAN"
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekologi Manusia, UPM akan mengadakan Majlis Syarahan Inaugural yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zaid Ahmad secara langsung dalam talian seperti butiran berikut:
Tarikh : 19 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Platform : Facebook Live Streaming
Pautan : https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia dan https://www.facebook.com/UPMEco/
TAJUK : PEMERIBUMIAN EPISTEMOLOGI DAN NARATIF MUTAKHIR DALAM WACANA KETAMADUNAN
Sehubungan itu, semua warga UPM adalah amat dialu-alukan menyertai dan menonton majlis syarahan tersebut.
Di atas sokongan dan kesudian YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan menyertai dan menonton majlis syarahan ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Kemaskini:: 16/03/2021 [rozlita]
PERKONGSIAN MEDIA