Tajuk Acara
Vision Petron 2018 National Student Art Competition: Sesi-perkongsian di Fakulti Ekologi Manusia, UPM Tema 2018: Rediscovering Culture ‘Tuklas Kultura’
Tarikh
22 Mar 2018 - 22 Mar 2018
Lokasi
Dewan Seminar Al-Farabi, FEM
Ringkasan Acara
Vision Petron 2018 National Student Art Competition:
Sesi-perkongsian di Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Tema 2018: Rediscovering Culture ‘Tuklas Kultura’
Vision Petron - National Student Art Competition merupakan satu-satunya pertandingan yang dibuka khas untuk para pelajar Universiti dan Kolej di seluruh Malaysia. Pertandingan ini diharap secara langsung dapat mewujudkan satu budaya persaingan yang sihat, adil serta saksama kepada para pelajar khususnya di dalam bidang seni. Pertandingan ini juga diharap dapat memberikan landasan bagi para pelajar untuk mempamerkan serta mempertingkatkan kebolehan dan bakat di dalam bidang seni ke peringkat yang lebih tinggi.
Â
Seperti sedia maklum, tahun ini ialah tahun ke-enam bagi Vision Petron Malaysia. Bagi pertandingan tahun ini, kami ingin memperkenalkan satu kategori baru iaitu kategori Muzik, sementara 3 kategori asal, iaitu: Lukisan, Fotografi dan Videografi masih dikekalkan. Oleh itu, Petron Malaysia berbesar hati untuk menjemput pelajar semua ke majlis pelancaran dan berkongsi maklumat mengenai “Vision Petron National Student Art Competition 2018†di UPM.
Jumpa anda di sana!
Â
Tarikh : 22 Mac 2018, Khamis
Masa : 2.00pm – 5.00pm
Lokasi : DEWAN SEMINAR AL-FARABI, FAKULTI EKOLOGI MANUSIA, UPM.

Kemaskini:: 16/08/2018 [rozlita]