Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk : PKP 3.0 : Cabaran Menguruskan Rumahtangga | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : PKP 3.0 : Cabaran Menguruskan Rumahtangga
Tarikh
09 Jul 2021 - 09 Jul 2021
Masa
10.30 - 11.30
Lokasi
Online
Ringkasan Acara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *PKP 3.0 : Cabaran Menguruskan Rumahtangga.* Tentatif program adalah seperti berikut: Tarikh: 09 Julai 2021 Masa: 10.30-11.30 pagi Links: https://zoom.us/j/7281715891?pwd=YU1CYWNvcG0wZ2RjQmJkaW9sakxvdz09 Meeting ID: 728 171 5891 Passcode : BBP.360_10 Program akan berlangsung secara siaran langsung dan siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network Program ini akan di hoskan oleh: Dr. Irwan Syah Md Yusoff Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pakar/Panel Jemputan: Profesor Dr. Rumaya Juhari Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat ketika menghadapi Pendemik COVID-19 yang lebih menjurus pada menguruskan keluarga dan rumahtangga ketika PKP 3.0 serta cabaran yang di hadapi dari aspek Pengurusan anak-anak dan masa, didikan serta faktor Ekonomi keluarga dalam institusi keluarga dalam norma baharu bagi menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantai covid-19. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat. *Semua peserta yang merupakan staf UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM* Semua dijemput

Kemaskini:: 05/07/2021 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
BVKFCAl:02:52