Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk : Penipuan & Scammer: Kenapa Mudahnya Ditipu? | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES »

Event Title
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Penipuan & Scammer: Kenapa Mudahnya Ditipu?
Date
08 Oct 2021 - 08 Oct 2021
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Penipuan & Scammer: Kenapa Mudahnya Ditipu?.* Tentatif program adalah seperti berikut: Tarikh: *08 Okt.2021* Masa: *10.30-11.30 pagi* (Jumaat) Pautan: https://zoom.us/j/7281715891?pwd=Z1FjZW1XL0o3WjZjelloMUNqNUk4dz09 Meeting ID: 728 171 5891 Passcode : BBP.360_17 Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network Program ini akan di hoskan oleh: *Dr. Irwan Syah Md Yusoff* Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pakar/Panel Jemputan: *Prof. Madya Dr. Elistina Abu Bakar* Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna. Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan Penipuan & Scammer. Saban hari diruangan akhbar dan di media sosial ramai pengguna dan masyarakat yang ditipu dan kehilangan ribuan ringgit akibat sindiket penipuan atau scammer yang terancang. Sindiket ini menggunakan pelbagai teknik yang licik dan pelbagai medium bagi mengaburi kegiatan mereka. Ramai yang telah terjerumus atau terkena perangkap sindiket ini dan melibatkan pelbagai lapisan golongan sama ada golongan profesional mahupun masyarakat biasa. Pihak kerajaan dan pelbagai agensi telah melakukan banyak program kesedaran namun kes penipuan dan scammer masih banyak berlaku. Oleh itu, keadaan ini telah meninggalkan beberapa persoalan terhadap kita semua. Di antaranya, kenapa mudahnya kita semua ditipu? Bagaimanakah kita dapat mengetahui modus operandi sindiket? Siapakah golongan sasaran mereka? Bagaimanakah untuk mengelak daripada menjadi mangsa mereka? dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran masyarakat berkenaan tajuk perbincangan. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap permasalahan semasa. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat. *Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM* Semua dijemput

Updated:: 04/10/2021 [rozlita]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUIA1~