Bual Bicara Pakar: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk: Norma Baharu: Bagaimanakah Hubungan Ibu Bapa Dengan Anak-Anak? | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES »

Event Title
Bual Bicara Pakar: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk: Norma Baharu: Bagaimanakah Hubungan Ibu Bapa Dengan Anak-Anak?
Date
23 Jul 2021 - 23 Jul 2021
Time
02.30 - 03.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Norma Baharu: Bagaimanakah Hubungan Ibu Bapa Dengan Anak -Anak?.* Tentatif program adalah seperti berikut: Tarikh: 23 Julai 2021 (Jumaat) Masa: 02.30 - 03.30 petang Links: https://zoom.us/j/7281715891?pwd=UTB4cCtmYWRCRVBEMFBrckNlaWxkQT09 Meeting ID: 728 171 5891 Passcode : BBP.360_12 Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network Program ini akan di hoskan oleh: *Dr. Irwan Syah Md Yusoff* Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pakar/Panel Jemputan: *Dr. Rojanah Kahar* Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat dalam suasana norma baharu yang lebih menjurus pada hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak.beberapa persoalan yang menjadi pertanyaan antara Kita adakah keakraban semakin menipis?adakah emosi anak-anak kita terpelihara? Adakah mereka terdedah kepada amarah ibu bapa? Mungkinkah kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat? Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain dalam fikiran kita semua. Adalah wajar bagi kita semua bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantai covid-19 tanpa memperjudikan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak semakin melebar. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat. *Semua peserta yang merupakan staf UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM* Semua dijemput

Updated:: 19/07/2021 [rozlita]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEXUAk~