Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk : *PKP 3.0: Tingkah Laku Pembelian Atas Talian* | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : *PKP 3.0: Tingkah Laku Pembelian Atas Talian*
Tarikh
11 Jun 2021 - 11 Jun 2021
Masa
10.30 - 11.30
Lokasi
Online
Ringkasan Acara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *PKP 3.0: Tingkah Laku Pembelian Atas Talian.* Tentatif program adalah seperti berikut: Tarikh: 11 Jun 2021 (Jumaat) Masa: 10.30-11.30 pagi Links: https://zoom.us/j/7281715891?pwd=cFdtYW13SzBDNWpUMjRkZ2RVWGNZZz09 Meeting ID: 728 171 5891 Passcode : BBP.360_08 Program akan berlangsung secara siaran langsung dan siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network Program ini akan di Hoskan Oleh: *Dr. Irwan Syah Md Yusoff* Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Pakar/Panel Jemputan: *Prof.Madya Dr. Syuhaily Osman* Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber dan Penggajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia,UPM Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat dalam menghadapi Norma Baharu yang lebih menjurus kepada tingkah laku pembelian atas talian semasa PKP 3.0. Perbincangan lebih memberi Pendidikan Dan kesedaran serta langkah-langkah yang perlu di berikan perhatian semasa melakukan pembelian atas talian. Semasa pendemik melanda hampir kesemua pengguna dan masyarakat melakukan pembelian atas talian bagi menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantai covid-19. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar Dan Arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat. *Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM* Semua dijemput

Kemaskini:: 08/06/2021 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEQRAM~