Seminar Tips Peguam: Menguruskan Harta Pusaka Orang Islam | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Seminar Tips Peguam: Menguruskan Harta Pusaka Orang Islam

ACTIVITIES

Event Title
Seminar Tips Peguam: Menguruskan Harta Pusaka Orang Islam
Date
24 Aug 2019 - 24 Aug 2019
Time
09.00 - 01.00
Location
Dewan Seminar Al-Farabi, FEM
Event Summary
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (Fakulti Ekologi Manusia) akan mengadakan program kerjasama bersama firma guaman Shahir, Khubayb & Co dan Wazan iaitu program Tips Peguam: Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam.

Buat masa ini, terdapat aset (harta pusaka) bernilai RM60 billion yg dibekukan kerana tidak dapat dituntut. Ini kerana, orang Islam kurang kesedaran mengenai kepentingan menguruskan harta pusaka, cara-cara untuk menguruskan harta pusaka dengan betul, dan tidak tahu prosedur untuk menuntut harta pusaka. Program ini dibuat bagi menjelaskan kekeliruan mengenai faraid, wasiat dan hibah oleh peguam terlatih, seperti:

•Bolehkan wasiat dibuat untuk anak-anak/pewaris?
•Apakah cara untuk membuat wasiat yg sah?
•Bolehkan pewaris mewarisi duit daripada polisi insurance perubatan?
•Apakah akan berlaku kepada duit dalam akaun bank/KWSP/ASB?
•Apakah akan berlaku jika anda tidak mempunyai anak lelaki?

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 24 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat: Dewan Al Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Yuran Warga UPM: RM 50 Shj (termasuk makanan pagi dan siang, kit dan sijil peserta)

Kesudian tuan/puan menerima undangan ini amatlah di hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Updated:: 06/08/2019 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdNAc~