"Program Penghayatan Nilai Kepenggunaan JPSPP@FEM 30 Tahun" | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » "Program Penghayatan Nilai Kepenggunaan JPSPP@FEM 30 Tahun"

ACTIVITIES

Event Title
"Program Penghayatan Nilai Kepenggunaan JPSPP@FEM 30 Tahun"
Date
16 Jun 2022 - 16 Jun 2022
Time
08.30 - 05.00
Location
Dewan Taklimat Serdang, UPM
Event Summary
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Dato/Datin/Prof./Dr./Encik/Puan/Cik/Saudara/ Saudari,

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia & Kumpulan Penyelidikan Penggunaan Lestari (UPM) dengan Kerjasama Gerakan Pengguan Siswa, UPM akan mengadakan "Program Penghayatan Nilai Kepenggunaan JPSPP@FEM 30 tahun".

Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)
Tempat : Dewan Taklimat Serdang, UPM
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Antara matlamat program ini adalah :
1. Menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan nilai kepenggunaan yang perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat khususnya seluruh warga UPM.
2. Menggalakkan para pelajar dan warga UPM menghayati nilai kepenggunaan sebagai pengguna.
3. Meningkatkan aktiviti pemindahan ilmu melalui Bicara Bersama Tokoh dan Wacana Intelektual kepada komuniti dalam dan luar kampus.
4. Menjalinkan hubungan kerjasama antara UPM dengan pihak kementerian yang berkenaan.

Pengisian Program :
1. Bicara Bersama Tokoh Pengguna
2. Wacana Ilmu
3. Pameran
4. Kuiz

Sehubungan itu, AJK program ingin menjemput Dato/Datin/Prof./Dr./Encik/Puan/Cik/Saudara/ Saudari bersama- sama menghadiri Program Penghayatan Nilai Kepenggunaan JPSPP@FEM 30 Tahun.

Semoga dengan kehadiran Dato/Datin/Prof./Dr./Encik/Puan/Cik/Saudara/ Saudari dapat memberi manfaat kepada semua dan mencapai objektif program.

Updated:: 24/08/2022 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDcWAB~