Program Pendayaupayaan Pengguna Komuniti: Bimbingan Pengguna (Consumer Coaching) | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Program Pendayaupayaan Pengguna Komuniti: Bimbingan Pengguna (Consumer Coaching)

ACTIVITIES

Event Title
Program Pendayaupayaan Pengguna Komuniti: Bimbingan Pengguna (Consumer Coaching)
Date
11 Nov 2021 - 18 Dec 2021
Time
08.00 - 05.00
Location
Zon Tengah Semenanjung Malaysia
Event Summary
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) telah merancang untuk mengadakan Program Pendayaupayaan Pengguna Komuniti: Bimbingan Pengguna dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Program ini bertujuan meningkatkan pendayaupayaan pengguna dalam kalangan komuniti. Pendekatan yang digunakan dalam program adalah bimbingan pengguna di mana peserta dibantu untuk mempelajari sesuatu aspek mengenai pengguna dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menganjak tingkah laku ke tahap yang lebih baik. Program ini akan diadakan selama 4 kali (hari ) iaitu pada 11 November, 25 November, 11 Disember dan 18 Disember 2021.

Untuk pengetahuan tuan/puan, tiada sebarang yuran dikenakan untuk program ini, malahan selepas tamat 4 kali penyertaan, pihak MACFEA menyediakan token berbentuk wang tunai (RM80). Penyertaaan adalah terhad kepada 35 orang sahaja dan pemilihan berdasarkan siapa cepat, mereka dapat. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Oktober 2021. Bersama ini disertakan poster, syarat penyertaan serta link pendaftaran (dalam poster):

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSevbQRNECwZRr4Su8qOjkCJCyMThj8zDVFHTVw0wQhSotB2ZA/viewform

Sekian, terima kasih.

Updated:: 20/10/2021 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUIAc~