Jemputan Ke International Webinar Community Development In Southeast Asia 2021 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Jemputan ke International Webinar Community Development In Southeast Asia 2021

ACTIVITIES

Event Title
Jemputan ke International Webinar Community Development In Southeast Asia 2021
Date
24 May 2021 - 25 May 2021
Time
09.00 - 05.00
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama International Association Community Development (IACD) akan menganjurkan International Webinar Community Development in Southeast Asia pada :

Tarikh : 24 dan 25 Mei 2021 (Isnin dan Selasa)
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat : Zoom

International Webinar Community Development in Southeast Asia 2021 ini adalah bertujuan:
a. Untuk menjana pemikiran intelektual tentang ilmu Pembangunan Komuniti, mengupas pelbagai isu semasa;
b. Menghimpunkan sarjana, pengkaji, pembuat dasar, NGO dan individu dalam memperkayakan ilmu Pembangunan Komuniti; dan
c. Mengukuhkan kerjasama secara global serta meningkatkan visibility UPM.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput dan mempersilakan YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./ Tuan/Puan ke International Webinar Community Development in Southeast Asia 2021 ini pada 24 dan 25 Mei 2021 secara atas talian ZOOM (akan diberikan oleh pihak penganjur selepas pendaftaran dan bayaran dibuat).

Kesudian YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Updated:: 09/04/2021 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXESNAE~