Bual Bicara Pakar: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk: Era Pendemik: Apakah Dilema Pekerja? | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Bual Bicara Pakar: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk: Era Pendemik: Apakah Dilema Pekerja?

ACTIVITIES

Event Title
Bual Bicara Pakar: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk: Era Pendemik: Apakah Dilema Pekerja?
Date
10 Sep 2021 - 10 Sep 2021
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Era Pendemik: Apakah Dilema Pekerja?.*

Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Sept. 2021 (Jumaat)
Masa: 10.30 - 11.30 pagi

Links:
https://zoom.us/j/7281715891?pwd=K0M1MFpyTVcvYWNRSXIycjNtMVM3dz09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode : BBP.360_15

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan dihoskan oleh:
*Dr. Irwan Syah Md Yusoff*
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
*Dr. Rosmah Mohamed*
Pensyarah Kanan,
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat di Era Pendemik dalam skop pekerja. Saban hari kita di semua menerima berita ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat virus Covid-19. Ramai pekerja tidak berani pergi ke tempat kerja (sektor perkhidmatan/pembuatan) kerana takut akan jangkitan. Keadaan ini menjadikan situasi di persimpangan antara nyawa dan kelangsungan hidup. Tidak ketinggalan situasi yang bekerja dari rumah (WFH) turut terkesan dari aspek pengurusan masa antara keluarga dan majikan serta kemudahan yang disediakan dapat dilaksanakan dengan baik.

Oleh itu, beberapa persoalan menjadi perbualan sesama masyarakat. Bagaimanakah situasi pekerja di era pendemik? adakah majikan memahami keadaan pekerja? adakah kemudahan yang ada ketika WFH dapat dilaksanakan dengan baik? Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain dalam fikiran kita semua. Adalah wajar bagi kita semua bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan kembali kepada kehidupan normal yang ramai dambakan sekian lama. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat bertanggungjawab terhadap Negara.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini. Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

*Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM*

Semua dijemput


Updated:: 07/09/2021 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
CULdRAM:17:30