Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk : Apabila Subsidi Barang Runcit Tiada : Apa Pilihan Kita Ada? | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Apabila Subsidi Barang Runcit Tiada : Apa Pilihan Kita Ada?

ACTIVITIES

Event Title
Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Apabila Subsidi Barang Runcit Tiada : Apa Pilihan Kita Ada?
Date
24 Jun 2022 - 24 Jun 2022
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 05).

Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Apabila Subsidi Barang Runcit Tiada : Apa Pilihan Kita Ada?.*

Tarikh: 24 Jun 2022 (Jumaat)
Masa: 10.30 - 11.30 pagi
Aplikasi : Zoom
Pautan : https://zoom.us/j/7281715891?pwd=TXdrdVRJbldOOWtpY1ZVeDR4c3dMdz09

Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360_05

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di hoskan oleh:
*Dr. Irwan Syah Md Yusoff*
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
*PM. Dr. Doris Padmini A/P S. Selvaratnam*
Pensyarah
Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang dihadapi masyarakat berkaitan dengan kenaikan kos barangan runcit serta isu kekurangan bekalan mentah.

Di jangkakan beberapa barangan tidak lagi diberikan subsidi. Antara barangan yang mungkin tidak lagi diberikan subsidi seperti ayam mentah, tepung, minyak masak peket dan beberapa produk lain. Keadaan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna dan penjual. Golongan yang menerima kesan terus adalah peniaga makanan kecil-kecilan kerana terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga ayam dan keadaan ini menjadi salah satu faktor kenaikan harga makanan. Malahan situasi ini juga tidak berhenti pada isu ayam tetapi menjadi asbab kepada kenaikan barangan yang lain dan ada juga yang mengambil kesempatan terhadap isu ini.

Persoalannya sampai bila harus kita bergantung pada subsidi kerajaan? Apa akan jadi pada suatu ketika nanti kesemua subsidi yang diberikan ini sudah tiada? Adakah kita mampu menghadapinya? Apakah kita mampu berhadapan situasi ini Dengan keadaan dan tingkahlaku pengguna/masyarakat yang tidak mengamalkan budaya berbelanja dengan baik dan mudah menyalahkan pihak lain apabila berlaku sesuatu isu akan menyebabkan suasana persekitaran menjadi tidak baik. Tabiat pengguna yang mudah menyalahkan pihak lain serta menggunakan media sosial untuk mensensasikan sesuatu isu demi kepentingan peribadi merupakan tindakan tidak wajar.

Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bagi menangani kenaikan barangan dan kekurangan bahan mentah. Namun usaha ini tidak akan berjaya sekiranya pengguna tidak mengamalkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri dan melakukan persediaan dari sekarang dengan menukar gaya hidup bermewah-mewah serta berbelanja mengikut kemampuan diri bukan mengikut kehendak diri tetapi lebih mengutamakan kepada keperluan.
Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

*Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM*

Semua dijemput.

Updated:: 24/08/2022 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdNAE~