Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat Yang Bertajuk : *Dilema Pengguna: Perbelanjaan Isi Rumah Vs. Kos Sara Hidup.* | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : *Dilema Pengguna: Perbelanjaan Isi Rumah Vs. Kos Sara Hidup.*

ACTIVITIES

Event Title
Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : *Dilema Pengguna: Perbelanjaan Isi Rumah Vs. Kos Sara Hidup.*
Date
25 Feb 2022 - 25 Feb 2022
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 01).

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Dilema Pengguna: Perbelanjaan Isi Rumah Vs. Kos Sara Hidup.*

Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 25 Feb. 2022 (Jumaat)
Masa: 10.30 - 11.30 pagi

Pautan program :
https://zoom.us/j/7281715891?pwd=dHBZNStEWUh6bCsxelp2aExORUs5Zz09

Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360_01

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di hoskan oleh:
*Dr. Irwan Syah Md Yusoff*
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
*Prof. Dr. Laily Hj. Paim*
Mantan Pensyarah
Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna.
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Presiden
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA)

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan Dilema Pengguna dari aspek Perbelanjaan Isi Rumah Dan Kos Sara Hidup yang semakin mencabar dan sukar di ramal.

Umum ketahui bahawa kenaikan harga barang runcit amat mengusarkan semua masyarakat. Adakala kenaikan yang berlaku di luar jangka dan sukar di ramal. Keadaan ini menjadikan suasana yang kurang baik untuk golongan kurang kemampuan terutama bagi kumpulan B40 yang mendatangkan kesan yang ketara.

Dari aspek perbelanjaan isi rumah juga perlu di berikan perhatian. Para pengguna perlu di berikan pendidikan dan pengetahuan untuk membezakan yang mana keperluan dan kehendak.
Pendidikan kepenggunaan amat penting untuk membantu pengguna serta masyarakat membuat pilihan yang bijak dalam perbelanjaan isi rumah. Meskipun begitu, tingkah laku pengguna itu sendiri juga memainkan peranan kepada penyumbang perbelanjaan yang tidak terkawal.

Oleh itu, keadaan ini telah meninggalkan beberapa persoalan terhadap kita semua.Di antaranya, bagaimana menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan baik di era yang sukar di jangka?, apakah faktor kos sara hidup meningkat?, bagaimana peranan kerajaan dalam membantu mengawal situasi ini? Bagaimana untuk menjadi pengguna bijak dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah? Dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran masyarakat berkenaan tajuk perbincangan.Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

*Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM*

Semua dijemput

Updated:: 24/08/2022 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXERAAL~