[Audit Dalaman QMS FEM 2021] Makluman Pelaksanaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO9001:2015 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » [Audit Dalaman QMS FEM 2021] Makluman Pelaksanaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO9001:2015

ACTIVITIES

Event Title
[Audit Dalaman QMS FEM 2021] Makluman Pelaksanaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO9001:2015
Date
18 Aug 2021 - 19 Aug 2021
Time
09.00 - 04.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum WBT

YBhg.Prof/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Dalaman UPM 2021 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 bagi Fakulti Ekologi Manusia (FEM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 18 – 19 Ogos 2021 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 Pagi – 4.30 Petang
Tempat : Secara Dalam Talian (Remote Audit)

Ketua Juruaudit : Dr. Jamali Janib (Taman Pertanian Universiti, UPM)

Justeru, mohon jasa baik YBhg.Prof/Dr./Tuan/Puan untuk mengambil perhatian untuk melengkapkan fail dan dokumen yang berkaitan bagi memastikan kecukupan dokumen mengikut keperluan standard yang ditetapkan. Rujukan serta panduan semakan prosedur ISO boleh disemak melalui Laman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UPM (http://reg.upm.edu.my/eISO/).

Sebagai makluman, satu sesi taklimat bersama auditee telah diadakan pada 9 Ogos 2021 (Isnin) yang lalu bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan audit secara dalam talian (Remote Audit) yang akan dilaksanakan. Oleh itu, YBhg.Prof/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk merujuk wakil auditee setiap jabatan/bahagian bagi memastikan kelancaran perjalanan sesi audit yang akan dijalankan nanti.

Di atas perhatian dan kerjasama semua berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Updated:: 12/08/2021 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
CULdQA0:16:20