*Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* Yang Bertajuk : *Antara Bendera Putih & Hitam : Erti Kasih Sayang & Prihatin.* | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES » *Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Antara Bendera Putih & Hitam : Erti Kasih Sayang & Prihatin.*

ACTIVITIES

Event Title
*Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Antara Bendera Putih & Hitam : Erti Kasih Sayang & Prihatin.*
Date
12 Aug 2021 - 12 Aug 2021
Time
10.30 - 11.30
Location
Online
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai *Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat* yang bertajuk : *Antara Bendera Putih & Hitam : Erti Kasih Sayang & Prihatin.*

Tentatif program adalah ikut:
Tarikh: 12 Ogos 2021 (Khamis)
Masa: 10.30 - 11.30 pagi

Links:
https://zoom.us/j/7281715891?pwd=UXVodDZHUWVDNFpscVE4czRGWTZWQT09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode : BBP.360_13

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di hoskan oleh:
*Dr. Irwan Syah Md Yusoff*
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
*Prof.Madya Dr. Zumilah Zainalaludin*
Ketua Laboratori (Ins. Penyelidikan Penuaan Malaysia) &
Prof. Madya
Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat yang lebih menjurus kepada kasih sayang dan keprihatian terhadap cabaran dan kesusahan serta bantuan yang diperlukan oleh golongan yang terkesan apabila pandemik COVID-19 melanda. Kesan Covid-19 ini telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaaan dan memerlukan bantuan. Keadaan ini telah mencetuskan fenomena Bendera Putih. Keadaan bertambah kurang baik apabila suasana politik negara umpama ombak di laut yang bergelora dan berlakunya kewujudan gerakan Bendera Hitam.

Oleh itu, beberapa persoalan menjadi perbualan sesama masyarakat. Adakah kita kurang kasih sayang? Adakah kita tidak prihatin? Yang mana perlu di utamakan Bendera Putih atau Bendera Hitam? Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain dalam fikiran kita semua. Adalah wajar bagi kita semua bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk membantu golongan yang terkesan tanpa perlu ada perbezaan fahaman dan tahu membezakan keutamaan dari aspek kasih sayang dan sentiasa prihatin terhadap persekitaran sekeliling kita. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat bertanggungjawab terhadap Negara.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

*Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM*

Semua dijemput

Updated:: 09/08/2021 [rozlita]

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
CULdRAL:17:43