Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja Dan Kanak-Kanak (FACE) | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» PENYELIDIKAN » Pusat Kecemerlangan Penyelidikan » Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE)

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE)

LATAR BELAKANG

Keluarga adalah tunjang perkembangan holistik kanak-kanak dan remaja. Menyedari peri pentingnya institusi keluarga dalam menjana modal insan yang mampu memenuhi hasrat pembangunan negara, UPM telah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE) pada tahun 2008.

Penubuhan FACE mendokong tanggungjawab penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan di UPM bagi membantu meningkatkan kecemerlangan kanak-kanak, remaja dan keluarga. FACE diterajui oleh sekumpulan penyelidik yang kompeten dan berdedikasi untuk menyumbang kepada kesejahteraan negara melalui penyelidikan, penulisan dan perkhidmatan profesional dalam bidang fokus.

VISI

Menjadi sebuah pusat penyelidikan, perkhidmatan dan perundingan terkemuka dalam bidang keluarga, kanak-kanak dan remaja di Malaysia dan serantau.

MISI

Menyumbang dalam usaha meningkatkan kualiti hidup keluarga, kanak-kanak dan remaja melalui penyebaran hasil penyelidikan, pendidikan, advokasi dan jaringan kerja dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara.

OBJEKTIF

FACE melaksanakan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan objektif yang berikut:

1) Menerajui penyelidikan dalam bidang keluarga, kanak-kanak dan remaja.

2) Menjadi pusat rujukan dalam bidang keluarga, kanak-kanak dan remaja serantau.

3) Menyediakan latihan kepada pendidik kanak-kanak peringkat awal.

4) Menyebarkan maklumat dan hasil penyelidikan melalui penerbitan, latihan, bengkel, seminar/persidangan.

5) Menyediakan perundingan dan perkhidmatan profesional kepada agensi kerajaan dan swasta, dan orang awam.

FOKUS PENYELIDIKAN


1) Perkembangan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak peringkat awal

2) Perkembangan dan risiko psikososial remaja

3) Perkahwinan dan perhubungan keluarga

4) Keibubapaan

LATIHAN, PERUNDINGAN & PERKHIDMATAN PROFESIONAL

FACE turut menawarkan khidmat perundingan dan nasihat dalam bidang asuhan dan perkembangan kanak-kanak peringkat awal, pendidikan prasekolah, remaja, keibubapaan, kualiti perkahwinan dan keluarga. FACE juga menjalankan kursus dalam khidmat kepada kumpulan sasar berkaitan kanak-kanak, remaja dan keibubapaan pada peringkat asas dan lanjutan.

JARINGAN KERJASAMA

FACE mempunyai hubungan kerjasama dengan agensi-agensi kebangsaan dan antarabangsa seperti LPPKN, Bogor University, Jabatan Kebajikan Malaysia, Institut Sosial Malaysia, Institut Integriti Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

YBhg. Prof. Dr. Rumaya Juhari                                     
Ketua                                                                                           
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE)
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Tel:    03.9769 7129                                                                       
 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 16/05/2023 [aspah.kasim]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDcRAO~