Wacana Intelektual Reformasi Pilihan Raya: Impak Terhadap Demokrasi Di Malaysia | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Wacana Intelektual Reformasi Pilihan Raya: Impak Terhadap Demokrasi di Malaysia

Wacana Intelektual Reformasi Pilihan Raya: Impak Terhadap Demokrasi di Malaysia

Oleh:  Dr. Mohd Roslan Rosnon 
           Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan     
          
 

SERDANG - Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan satu Wacana Intelektual bertajuk “Reformasi Pilihan Raya: Impak Terhadap Demokrasi di Malaysia” pada 15 November 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari yang telah dihadiri hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, wakil SPR, wakil daripada Jabatan Perdana Menteri, NGO, pihak media dan juga pelajar.

Wacana ini menampilkan dua orang panel, iaitu mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain. 

Wacana Intelektual ini telah mengupas isu dan polemik pilihan raya serta pelaksanaannya dalam usaha memperkukuh amalan demokrasi di Malaysia selain meningkatkan tahap literasi politik dan demokrasi dalam kalangan rakyat di negara. Soal mengenai sejarah pilihan raya di Malaysia, tujuan pilihan raya diadakan di negara, kaedah pelaksanaan, penambahbaikan pelaksanaan pilihan raya dan agenda reformasi pilihan raya antara isu utama yang disentuh oleh kedua-dua ahli panel.

Malaysia telah menjalankan 14 kali pilihan raya umum dan ia menyaksikan suara rakyat melalui peti undi diambil kira untuk memilih pemimpin dan seterusnya membentuk kerajaan. Namun, Malaysia tidak terlepas daripada usaha menambah baik pelaksanaan pilihan raya. Justeru, perbincangan turut menyentuh polemik mutakhir, iaitu cadangan menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan mengubah kaedah pelaksanaan pilihan raya daripada a first past to the post kepada proportional (perkadaran).

Menurut Penyelaras Wacana Intelektual iaitu Dr Mohd Roslan Rosnon, wacana telah diadakan dalam dua pusingan. Pertama, ia telah disiarkan secara langsung oleh Channel W dari jam 10 pagi hingga 11 pagi. Perbincangan wacana secara biasa diteruskan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari dengan sesi melibatkan para discussant atau pengulas melibatkan ahli akademik iaitu Dr Mohd Mahadee Ismail (UPM) dan Prof Madya Dr Sara Chinnasamy (UiTM) dan wakil NGO iaitu En. Muhammad Faizal Abdul Aziz (Setiausaha Agung Angkatan Belia Malaysia).

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 16/11/2018 | Updated: 16/11/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEZXAf~