Sukaneka Makmal Perkembangan Kanak-Kanak, FEM | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Sukaneka Makmal Perkembangan Kanak-Kanak, FEM

Sukaneka Makmal Perkembangan Kanak-Kanak, FEM

Oleh:  Rosazizi Abd. Rahim
           


SERDANG
, 17 Julai - Acara Sukaneka Kanak-kanak MPK telah berlangsung dengan meriah pada 4 Julai (Khamis) 2019 jam 8.00 hingga 12.30 tengahari di Padang FACE, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. 

Acara Sukaneka dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Pembangunan Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim.  Acara sukaneka dimulakan dengan perbarisan kanak-kanak, senamrobik dan ikrar sukaneka. Seramai 70 orang kanak-kanak terlibat dalam pelbagai acara antaranya lari pecut, leret bola dan lain-lain. 

Selain dari acara kanak-kanak ibubapa dan staf juga mempunyai acara sukaneka tersendiri atas usaha pihak PIBP FACE. Selain kanak-kanak yang menang mendapat hadiah, kanak-kanak yang tidak berjaya juga diberikan hadiah saguhati atas usaha dan semangat kesukanan yang ditunjukkan. 

Acara kemuncak adalah pengumuman olahragawan MPK 2019 iaitu adik Ammar Irham Azizul dan olahragawati MPK 2019 adalah adik Nur Khayla Zhafirah.

 

 
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 17/07/2019 | Updated: 17/07/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdUAy~