Student Tour Traveling People 3 ( JESKI 3 ) To Redang | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Student Tour Traveling People 3 ( JESKI 3 ) to Redang

Student Tour Traveling People 3 ( JESKI 3 ) to Redang

 

 


JESKI merupakan program pemindahan ilmu yang dianjurkan oleh para pensyarah daripada Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga (JPMPK), Fakulti Ekologi Manusia. JESKI 3 di ketuai oleh Dr Muslihah Hasbullah selaku Pengarah Program, dan iringi oleh barisan moderator iaitu Dr Zainal Madon, Profesor Madya Dr Rumaya Juhari, Dr Siti Nor Yaacob, Dr Rojanah Kahar, Dr Wan Munira Wan Jaafar, dan Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan.

 *aktiviti nlp 2

*bersama ibu bapa dan anak

Kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa Guru, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan JKKK Kg Baru, membolehkan program JESKI dijalankan untuk tahun ketiga berturut-turut. Kumpulan sasaran utama program ialah para pelajar tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, ibu bapa pelajar, dan ibu tunggal serta warga emas di Kampung Baru, Pulau Redang. Majlis Perasmian Penutup JESKI 3 dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bazlan Abd Rahman, ADUN Batu Rakit.

 *ice breaking

 *penyampaian sijil

Pada tahun ini, JESKI 3 bekerjasama dengan Akademi NLP Malaysia untuk menjayakan program ini. Matlamat JESKI 3 ialah memperkasakan pelajar melalui aplikasi teknologi kejayaan diri (NLP) dan motivasi menjadi Insan Cemerlang untuk peningkatan pencapaian akademik, emosi dan sahsiah. Di samping itu, program ini juga berjaya melibatkan para ibu bapa untuk berkongsi tentang cara gaya keibubapaan generasi Z. Berteraskan falsafah pembangunan manusia, modul-modul yang dilaksanakan bukan hanya bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan akademik bahkan juga mendedahkan para pelajar untuk meneroka pembelajaran melalui pengalaman di luar bilik darjah. Aktiviti seperti explorace dan sentuhan kasih warga emas dan ibu tunggal memberikan pengalaman kepada para pelajar untuk membina semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni.

 *slot explorace

 *slot insan cemerlang

Hasil daripada program ini ialah pengendalian diri yang lebih baik, pembentukan matlamat yang mantap, dan mengikis kelakuan negatif untuk mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, serta memupuk sikap menghargai komuniti setempat. Adalah diharapkan agar program ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran, membentuk pelajar untuk mempunyai lokus kawalan diri yang tinggi, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan.

 *slot jari hikmat

*slot keibubapaan generasi z

Program seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang sebagai satu tanggungjawab universiti menyokong usaha Kerajaan dalam transformasi pendidikan dan seterusnya membantu meningkatkan kesejahteraan individu, keluarga, dan masyarakat.

 

 *slot sentuhan kasih

 

 

 

Date of Input: | Updated: 03/08/2017 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUTAM~