Perjumpaan Ketua Pentadbiran Bersama Staf Bukan Akademik (1/2019) | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Perjumpaan Ketua Pentadbiran Bersama Staf Bukan Akademik (1/2019)

Perjumpaan Ketua Pentadbiran Bersama Staf Bukan Akademik (1/2019)

Oleh : Norhawati Saarani

 

 

Serdang, 18 Januari 2019 - Perjumpaan Ketua Pentadbiran Bersama Staf Bukan Akademik (1/2019) telah diadakan pada 18 Januari 2019, Jumaat di Dewan Seminar Al-Fansuri, Fakulti Ekologi Manusia. Perjumpaan yang melibat semua staf bukan akademik FEM ini merupakan perjumpaan pertama untuk tahun 2019. Selain staf, semua Ahli Pengurusan FEM turut dijemput hadir.

Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pendaftar, Encik Nasrudin Yahya. Beliau telah berkongsi maklumat berkaitan pencapaian fakulti sepanjang tahun 2018 dan perancangan tahun 2019. Menurut beliau, pencapaian FEM sepanjang tahun 2018 amat membanggakan dan semoga ianya dapat diulangi pada tahun 2019.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua staf yang telah bersama-sama bertungkus lumus menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2018. Pelbagai anugerah telah berjaya diraih oleh FEM pada tahun 2018 terutamanya pada Hari Kualiti & Inovasi Perkhidmatan UPM 2018.

Dekan FEM, Profesor Dr. Ahmad Hariza Hashim turut sama berucap dalam perjumpaan tersebut. Beliau telah berkongsi tentang program Penstrukturan Semula Fakulti. Antara yang disebut adalah kelemahan, kekuatan serta perancangan dan strategi dalam melaksanakan Penstrukturan Semula Fakulti.

Seramai lebih 70 orang staf telah menghadiri perjumpaan kali ini.

Date of Input: 29/01/2019 | Updated: 29/01/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdVAx~