Nasib Orang Asli : Sampai Bila Akan Terpinggir | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Nasib Orang Asli : Sampai Bila Akan Terpinggir

Nasib Orang Asli : Sampai Bila Akan Terpinggir

Oleh:  Normaziah Zulkifli
           Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)




SERDANG,
 30 Sept 2019 – Wacana Intelek yang bertajuk “Nasib Orang Asli: Sampai bila akan Terpinggir” telah diadakan pada 19 Jun 2019 bertempat di Bilik Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia. Bagi mengupas isu ini dengan lebih lanjut, 4 orang ahli panel telah dijemput iaitu terdiri daripada Ahli Dewan Negara Masyarakat Orang Asli iaitu YBrs. Senator Dato’ Isa b. Ab. Hamid, Ahli Parlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli b. Dato’ Mohd Nor, Pensyarah Kanan Ekologi Manusia YBrs Dr. Roslan Rasnon, dan juga YBrs Puan Tijah Yok Chopil Presiden JKOASM. Perbincangan ini dibantu dengan kelolaan moderator YBrs Prof. Madya Dr. Sarjit Singh S. Gill

Program yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari dihadiri lebih kurang 120 orang tetamu yang terdiri daripada agensi kerajaan dan juga NGO seperti JAKOASM, Sahabat Alam Sekitar Malaysia, Angkatan Belia Orang Asli Malaysia, individu persendirian, pensyarah dan juga para pelajar. Turut hadir para media seperti News Strait Times, STAR dan BERNAMA.

Pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat orang asli antaranya adalah pencerobohan tanah oleh pihak berkepentingan yang dilihat makin meningkat saban tahun, hak untuk menentukan adat sendiri masih tiada, hak untuk mendapatkan tanah adat sehingga kini masih belum menjumpai kata putus, bentuk bantuan dan pendekatan yang diberikan oleh kerajaan/NGO/agensi luar dilihat lebih kepada bentuk bantuan yang menyebabkan keberterusan kebergantungan orang asli dengan pihak tersebut dan bukan program-program yang lebih kepada pemerkasaan masyarakat orang asli itu sendiri. Selain itu, terdapat pelbagai pelan strategic yang ditubuh atau diwarwarkan namun ianya tidak diterjemah kepada bentuk fizikal dengan kata lain tiada perlaksanaan yang komprehensif.

Ahli forum berpendapat, dalam membantu masyarakat Orang Asli untuk menyelesaikan masalah-masalah berikut perlu adanya keseriusan oleh pihak kerajaan. Struktur pihak JAKOA perlu berdayaupaya dan diperkukuhkan dengan menempatkan pegawai-pegawai yang mencukupi serta mempunyai kepakaran dan semangat yang tinggi dalam membantu masyarakat Orang Asli. Pihak Kerajaan juga perlu jelas, bahawa pembangunan bukan semata-mata mendirikan bangunan batu tapi ianya lebih kepada membina kesejahteraan ekosistem masyarakat. Setiap perancangan untuk pembangunan orang asli perlu bersifat dinamik untuk masa kini dan juga masa hadapan serta perlu ada perlaksanaan yang berkesan. Pembangunan yang dirancang sepatutnya bukan mengikut acuan kita tetapi perlu ikut acuan masyarakat itu sendiri. Masyarakat orang asli tidak seharusnya dipinggirkan. Mereka perlu dilibatkan sebagai rakan pembangunan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 30/09/2019 | Updated: 30/09/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdRA1~