Jaringan Komuniti Di SK Sg Sampo Dan Profiling Kerja Kursus Pembangunan Komuniti Di Kampung Orang Asli Sungai Sampo, Jempol Negeri Sembilan | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Jaringan Komuniti di SK Sg Sampo dan Profiling Kerja Kursus Pembangunan Komuniti di Kampung Orang Asli Sungai Sampo, Jempol Negeri Sembilan

Jaringan Komuniti di SK Sg Sampo dan Profiling Kerja Kursus Pembangunan Komuniti di Kampung Orang Asli Sungai Sampo, Jempol Negeri Sembilan

Pada 13 April 2018 yang lalu, seramai 31 orang pelajar bagi kursus Pengantar Pembangunan Komuniti (FEM3331, Kumpulan 2), 3 orang pelajar siswazah dan 6 orang pensyarah di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan telah terlibat bagi Program Profiling dan juga program jaringan komuniti di Sekolah Kebangsaan Sg. Sampo dan juga Perkampungan Orang Asli di Sg. Sampo, Jempol Negeri Sembilan.

 


Bagi program profiling Kg. Orang Asli Sg. Sampo telah melibatkan pelajar yang mengambil Kursus Pengantar Pembangunan Komuniti di bawah bimbingan Dr Mohd Roslan Rosnon. Program ini bertujuan adalah untuk:
i) menganalisis jenis pembangunan komuniti dan pendekatan dalam pembangunan komuniti, dan
ii) membezakan peranan pekerja komuniti dan agensi pelaksanan pembangunan komuniti dalam negara, kerja lapangan ini adalah penting bagi memberikan pendedahan kepada pelajar secara hands-on mengenai analisis pembangunan yang dijalankan.

 

 

Seramai 10 ketua isi rumah yang terlibat dalam program ini. Manakala, bagi aktiviti jaringan komuniti bersama SK Sg. Sampo pula, program ini di ketuai oleh Prof. Madya Dr Nobaya Ahmad, Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, FEM bersama 6 pensyarah lain dan 3 orang pelajar siswazah telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti pemberian sumbangan buku kepada perpustakaan sekolah dan juga aktiviti ‘reading corner’ bagi memupuk semangat membaca dalam kalangan murid Orang Asli.

 

 

Seramai 130 orang murid Orang Asli dan 10 orang guru terlibat dalam program ini dijalankan bagi kerjasama pihak sekolah dan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan.

Date of Input: 17/04/2018 | Updated: 18/04/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETNAj~