Hari Kelestarian Alam Sekitar UPM | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Hari Kelestarian Alam Sekitar UPM

Hari Kelestarian Alam Sekitar UPM

Oleh:  Normaziah Zulkifli
           Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)

 

 

SERDANG, 20 Disember 2019 - Masjid Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Hari Kelestarian Alam Sekitar Masjid UPM pada 18-19 Oktober 2019. Program ini diadakan dengan kerjasama daripada Jawatan Kuasa Masjid Qaryah Serdang (UPM), Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE), Fakulti Ekologi Manusia, Sahabat Masjid UPM dan Pelajar Kokurikulum Berkredit UPM. Program ini disambut meriah dan telah dihadiri kira-kira 200 pengunjung yang terdiri daripada  pelajar dan komuniti masyarakat sekitar Serdang.

Program ini secara umumnya bertujuan untuk memupuk kesedaran, kepekaan dan keprihatian masyarakat terhadap kepentingan memelihara dan menjaga alam sekitar. Disamping itu, melalui program ini, ianya dapat menjadi platform kepada pendidik, pelajar dan badan-badan yang berkaitan untuk mempromosikan pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Pada 18 Oktober 2019, telah diadakan gotong royong Laman dapur Masjid UPM, gerai jualan dan pameran serta tazkirah sebelum solat jumaat yang bertajuk ‘Cicir Dipungut, Hilang Berganti’ yang disampaikan oleh penceramah khas daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) iaitu En. Muhammad Zahir Ab' Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Pada 19 Oktober 2019, program ini telah dirasmikan oleh oleh YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM. Beliau amat berbesar hati dan menyokong program sebegini diadakan dan diteruskan untuk memupuk dan mendidik masyarakat supaya menjadi komuniti yang dapat menjaga dan memelihara alam sekitar. Selain itu terdapat aktiviti-aktivi lain yang diadakan pada hari tersebut antaranya Jom Plogging @ Masjid UPM, Free Books & Toys, Aktiviti Kitar Semula, Gotong-Royang, Pertandingan Warna Kanak-kanak, Kuiz Kelestarian Alam Sekitar dan Gerai Jualan/Pameran. Program ini berakhir kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari.

 
     
 
     
 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 20/12/2019 | Updated: 20/12/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdWAu~