Memburu Lailatulqadar Dalam Norma Baharu | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» ARTIKEL » Memburu Lailatulqadar dalam norma baharu

Memburu Lailatulqadar dalam norma baharu

Oleh:  Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff 

 

MENURUT Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan dan ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Maka berkaitan dengan episode memburu Lailatulqadar, umat Islam disarankan meninggalkan kebiasaan yang dilakukan pada setiap kali datangnya bulan Ramadan dan menggantikan dengan norma baharu yang direstui syariat. Lailatulqadar seperti yang dijelaskan dalam Bayan Linnas Siri Ke-31, lailah bermaksud terbenam matahari sehingga terbit fajar. Lailah juga adalah lawan kepada siang hari. Al-Qadar bermaksud kemuliaan, hukum dan ketetapan.

Apakah perkaitan norma baharu dengan Lailatulqadar. Hakikatnya ia amat berkait rapat disebabkan masih ada sebilangan umat Islam yang mengamalkan norma-norma dan kebiasaan lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti dakwaan untuk mendapatkan Lailatulqadar umat Islam perlu tunggu kedatangan Lailatulqadar, atau percaya ketika mengambil wuduk di kolah masjid atau surau, tiba-tiba terhalang, disebabkan air menjadi beku, pokok sujud pada waktu malam, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi, air laut menjadi tawar, posisi daun berada dalam kedudukan terbalik apabila disentuh, kelihatan cahaya turun dari langit, atau nampak benda terbang di langit, tiada kedengaran salakan anjing pada malam Lailatulqadar dan pelbagai lagi amalan dan kepercayaan yang tidak masuk akal.

Lailatulqadar sengaja dirahsiakan Allah SWT sama seperti puasa kerana ia adalah rahsia manusia dengan Allah SWT. Sengaja Allah SWT rahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Dalam norma baharu ini, terutama selepas penularan Covid-19, umat Islam seharusnya mengambil iktibar dan peringatan, berasa insaf dan menjentik jiwa, kerana ada pesakit Covid-19 ini yang meninggal dunia atau dikuarantinkan, dengan berusaha agar tidak mensia-siakan malam ini, lazimkan diri berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Memburu Lailatulqadar

Teruskan norma baru memburu Lailatuqadar dengan  menambah baik dalam ibadah-ibadah rutin siangnya seperti memastikan solat fardu dengan iringan sunat-sunat rawatib, zikir-zikir mathur, membaca al Quran dengan makhraj, tajwid, tadabbur, menggandakan sedekah jariah, mendekati anak-anak yatim dan membantu fakir miskin manakala pada pada 10 malam terakhir, pastikan ia tidak berlalu dengan sia-sia, hidupkan malam-malam Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah S.W.T. sepertimana yang dilakukan Rasulullah SAW dengan menghidupkan sepanjang malam, memastikan seluruh isi rumah bangkit menghidupkan malam dan iktikaf di masjid. Strategi terbaik dalam membiasakan amalan dalam suasana norma baru juga adalah dengan membiasakan tahajjud, melakukan solat-solat sunat (solat sunat wuduk, taubat, mutlak, hajat, tahajjud, witir), banyakkan istighfar, memohon ampun kepada Allah SWT, berdoa dengan doa yang diajar Rasulullah SAW kepada Aisyah RHA اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني dan membaca al-Quran.

Transformasi pemikiran norma baharu

Transformasi pemikiran norma baharu perlu ada pada diri setiap umat Islam untuk berlumba-lumba merebut kelebihan yang disediakan pada malam lailatul qadar. Amalan sunat pahalanya seperti mengerjakan yang wajib, dan yang wajib pula pahalanya berlipat ganda malahan Allah SWT menyatakan pahala orang berpuasa Aku (Allah) sendiri yang tentukan pahalanya. Pahalanya juga menyamai 1000 bulan atau 83 tahun. Al Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan para malaikat turun pada malam Lailatulqadar berbondong-bondong bagi mengaminkan doa-doa hamba yang melakukan ibadah pada malam tersebut.

‘Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.’ (Surah al-Qadr: 4-5) Meskipun ada pelbagai pandangan ulama berkaitan bila turunnya Lailatulqadar dan tarikh tepat, namun jumhur ulama berpendapat pada 10 malam terakhir, manakala sebahagian ulama ada yang menyatakan pada malam-malam ganjil bermula dari 21, 23, 25, 27, dan 29 Ramadan.

Norma baru ibadah agar mudah memburu Lailatulqadar

Penulis bersetuju dengan pandangan mufti wilayah persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan boleh dijadikan panduan untuk memburu Lailatulqadar dalam situasi norma baru Ramadan

ï‚· Melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh kerana ganjaran Lailatulqadar melebihi daripada 1000 bulan.
ï‚· Isikan amalan ibadat dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.
ï‚· Contohi Rasulullah SAW dan salaf as-soleh tika beribadat:Daripada ‘Aisyah RHA, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ،

وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksud:
‘Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan
seksual dengan isteri-isterinya)” Riwayat Muslim: 2015

ï‚· Melakukan ibadah di luar kebiasaan. Daripada ‘Aisyah RHA katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya “Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” Riwayat Ahmad

ï‚· Ibadah
Imam Sufyan al-Thauri RHA berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى

الصلاة إن أطاقوا ذلك

Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri
Rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.” (Lathaif al-Maarif :160).

ï‚· Paling kurang pastikan solat fardhu dilakukan berjemaah.

Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa: ÙŠØµÙ„ÙŠ العشاء في جماعة Ùˆ يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة Ùˆ قال مالك في الموطأ
بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال
الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها

Maksudnya:
“Menghidupkan malam Lailatulqadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib
berkata: Sesiapa yang bertemu dengan lailatul qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam  ersebut), maka dia akan memperoleh kebaikan 5 malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatulqadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” (Lathaif al-Maarif :159).

Sumber rujukan: https://malaysiagazette.com/2020/05/11/memburu-lailatulqadar-dalam-norma-baharu/

 

 

Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff 
Pensyarah Kanan 
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan
Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang,
Selangor

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 14/05/2020 | Kemaskini: 14/05/2020 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdVAU~