Ucapan Dekan | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» MENGENAI KAMI » Dari Meja Dekan » Ucapan Dekan

Ucapan Dekan


 Selamat datang ke laman web Fakulti Ekologi Manusia.

Fakulti Ekologi Manusia (FEM) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 April 1992. Misi fakulti secara khususnya ialah bertekad untuk mencapai kecemerlangan dan keunggulan dalam pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dalam bidang Ekologi Manusia melalui pengajaran, penyelidikan serta khidmat profesional dan kemasyarakatan bagi melahirkan graduan yang menyedari dan memenuhi tanggungjawab terhadap Penciptanya dan berperanan dalam menyejahterakan diri, keluarga, masyarakat serta alam sekitar. Sementara matlamat FEM pula adalah untuk “melahirkan graduan yang kompeten, beretika, berwawasan dan resilien yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan sejagat”.

FEM mempunyai lima jabatan yang terdiri daripada Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan serta Jabatan Muzik.

Pada masa kini FEM menawarkan lima program akademik di peringkat Bacelor, 13 program akademik di peringkat Ijazah Sarjana (MS) serta 13 program akademik di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D).

Selain itu, FEM juga turut menawarkan program pengajian di peringkat diploma iaitu Diploma Pembangunan Manusia yang ditawarkan secara kerjasama UPM-IPTS.

Kepada para pengunjung laman web FEM, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web kami. Insya-Allah laman ini akan dapat membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai FEM terutamanya mengenai program pengajian, penyelidikan, khidmat profesional dan kemasyarakatan yang ditawarkan serta kegiatan-kegiatan yang dijalankan.

Saya amat mengalukan pandangan yang membina untuk menambahbaik infostruktur laman web (penyampaian kandungan, maklumat, aktiviti dll) supaya ianya menjadi lebih mesra pengguna, mengandungi maklumat yang tepat serta terkini.

Terima kasih kerana melayari laman web FEM.


Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri
Dekan

Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor,
Malaysia

 

Kemaskini:: 26/07/2022 [aspah.kasim]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEQVAW~